Monday, August 15, 2016

RECIPES : Congo Bars


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama teringin nak cuba buat Congo Bars, tapi disebabkan butter tak ada, so hold dulu niat. Tadi baru kesempatan nak buat untuk minum petang sebab mak baru beli butter, itupun confuse sama ada nak buat Brownies atau Congo Bars. Since Brownies dah pernah buat dalam entri ini, so kita buat resepi lain pula. Resepi ambil daripada NinaMirza, sangat senang sebab guna sukatan cawan saja. Alhamdulillah jadi juga Congo Bars versi bulat. =)






Bahan-Bahan

2 1/2 cawan + 1 sudu besar makan tepung naik sendiri
3/4 cawan butter
1/2 sudu kecil garam - kalau guna unsalted butter
1 cawan gula perang - ikut manis
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan chocolate chips buat tabur kat atas sebelum bakar
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang- optional
Kepingan badam untuk taburan - optional




Cara Cara

1. Dalam satu bekas, campurkan gula perang bersama mentega dan pukul guna mixer sehingga butter melarut. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati. Masukkan esen vanila.

2. Masukkan tepung, baking powder (jika guna tepung gandum) dan garam yang telah di ayak dan kacau rata pakai spatula. Buttercup yang aku guna ni dah memang salted butter, so tak payah letak garam.

3. Akhir sekali masukkan chocolate chips, kekacang emping jagung, dan gaul sempurna. (Pakai senduk/spatula aje). Aku guna chocolate chip yang besar, so terpaksa kerat.

4. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13×9 atau 12×12 (lagi besar lagi bagus supaya adunan tak tinggi) yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukaan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan. Bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Tapi aku cuma guna loyang bulat 8 inci sebab tak ada loyang petak. Dah bakar, sejukkan.


SIAP!!!


agak tinggi sebab guna loyang 8 inci, so better guna loyang 9 inci.



Congo Bars ini teksturnya sangat rapuh berbanding brownies, so memang kena potong besar besar, dan sangat sedap makan panas panas ditambah pula dengan coklat cip yang sedang mencair dalam mulut.

Pen Off. Selamat Mencuba :)

2 comments:

norhidana miswan said...

nengok resepi nampak mudah... tp agak2nya rajin tak akak nk bt nih kih2...

Ezy Loy said...

sedapnyeeee..
buat sendiri bru puas hati..