Thursday, August 11, 2016

RECIPES : Kek Nestum


Assalamualaikum

Memandangkan banyak lagi lebihan nestum yang dibeli untuk biskut raya tahun lalu, so terlintas di idea untuk buat Kek Nestum. Rasa lebih kurang macam Kek Span Vanilla yang aku pernah buat, cuma tambah nestum dan susu saja. Disebabkan kek ni satu warna saja, so nasib baik ada anggur untuk hiasan supaya nampak lebih menarik. =)






 Bahan Bahan

1/2 cup (125g) tepung gandum
1/2 cup gula
1/4 cup (62ml) minyak masak
1/4 cup air susu
1/4 cup nestum
30ml air
3 biji telur
1 tbsp esen vanila
1 tbsp baking powder




Cara Cara

Putar gula, telur, tepung + baking powder yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air, air susu dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang. Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang minyak masak dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.

Tuang dalam loyang bulat 8 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak. Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan.


SIAP!!!





OK Thanks for Read. Selamat Mencuba :)

5 comments:

Ezy Loy said...

kalo kene bakar xleh nk try buat.. sbb xde oven.. huhu

nmpk sdap..

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya nak cuba la

nurulshahirah mohdsalim said...

dilenser tu apa?

acu yuhan said...

Disapu ☺

acu yuhan said...
This comment has been removed by the author.