Tuesday, August 2, 2016

RECIPES : Kek Span Vanilla


Assalamualaikum

Orang cakap kalau nak belajar buat kek yang pelbagai, kena belajar yang basic dulu. Jadi aku pun try yang paling mudah sekali iaitu Vanilla Sponge Cake. Resepi ambil daripada TiffinBiru, memang menjadi. Kalau dah pandai sikit, boleh lapiskan kek span ni dengan pelbagai filling bertingkat tingkat pon tak apa. Kek span ni rasa biasa saja tapi yang menyedapkan dia ialah kalau ada dituang atasnya coklat garnash atau dilapiskan dengan aiskrim.


lagi tempting kalau ada buah stroberi atasnya kan



Bahan Bahan

150 gram gula halus
4 biji telur gred B
120 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
35 ml air
70 gram minyak masak




Cara Cara

1) Putar gula, telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang.

2) Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang minyak masak dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.

3) Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

4) Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek mendap. Sejukkan.


SIAP!!!




saja try letak aiskrim as filling... hee

Selamat Mencuba. Thanks For Read. =)

1 comment:

norhidana miswan said...

mudah nyer nengok bahan2 tuh tp rajin ke idok nk membuat tu heheheh...

sedap mkn panas2 nih