Wednesday, August 24, 2016

RECIPES : Meringue Cookies


Assalamualaikum

Korang pernah dengar tak Meringue Kisses Cookies?? Aku tak pernah dengar tapi tadi ternampak orang buat cookies ini, rupanya dua tahun lepas dah famous dah Meringue Kisses selepas Pavlova. Aku bukanlah penggemar manis manis ni, tapi aku nak cuba buat juga sebab bahan bahan sangat mudah hanya guna 2 bahan utama iaitu telur dan gula, macam buat Pavlova, cuma tak ada topping saja. Resepi asal daripada vidoe RicelessAsian. Sebab apa panggil kisses? sebab biasanya orang buat cookies ni bentuknya macam coklat kisses yang bertanduk tu.






Bahan Bahan (15 cookies)

2 biji putih telur
1/4 cawan gula - ni pon aku dah rasa manis
1tsp esen vanila
1tsp tartar krim - tak letak sebab tak ada
pewarna/perisa


Cara Cara

Pukul putih telur sehingga kembang. Dah kembang masukkan esen vanila, tartar krim dan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga kembang dan bertanduk. 

Selepas dah kembang dan bertanduk tu la, boleh asingkan dan letak pewarna/perisa kegemaran. Aku just guna coklat. Lepas tu, masukkan dalam piping bag nozzles bentuk star/bulat dan paipkan atas loyang yang dialas dengan baking sheet.

Aku just guna plastik yang digunting mengikut cara dalam video ini. Sebab tu cookies aku tak ada bentuk kisses sangat. ^-^ Bakar pada suhu 100C selama 1 jam 15 minit. Lambat juga nak keras sebab tu lama bakar, sebab kalau bakar sekejap nanti tekstur cookies rasa macam gula kapas, keras diluar lembut di dalam. Lepas dah siap bakar biar sekejap dalam oven untuk mengeras.


SIAP!!!




Disebabkan cookies ni hanya gunakan putih telur dan gula, maka teksturnya sangat sangat ringan dan cair di dalam mulut bila makan. Memang macam makan gula kapas, lagi lama bakar lagi rangup. Boleh juga buat kudapan. Nak lagi sedap boleh juga korang buat filling dan doublekan cookies ini, macam buat macaron. 

OK Thanks for Read. Pen Off :)

2 comments:

lia ummiirfan said...

sedapnyaaaaaa.. 😋😋😋😃

suri said...

saya ada buat tapi manis ya ampun..hee sekali buat sebab anak macam tak suka jer hii..