Tuesday, August 30, 2016

RECIPES : Muffin Red Velvet


Assalamualaikum

Kali kedua buat Muffin Red Velvet ini, kali pertama buat warna macam bandung, tak menarik then buat lagi Alhamdulillah warna menarik dan menjadi. Red Velvet Cake dah pernah buat dalam entri ini, so nak share pula Red Velvet Muffin yang sangat senang tanpa buttermilk, tanpa nescafe panas dan tanpa cuka, kalau ikut resepi asal memang kena letak tapi aku malas. Nak buat frosting pon tak rajin, so letak cip coklat saja. Cip coklat pon aku malas potong, letak sajalah gedebuk besar tu sampaikan tenggelam pula dalam cake batter. =)






Bahan Bahan (6 biji muffin sederhana saiz)

125g (1/2 cup) tepung naik sendiri
75g (1/3 cup) minyak masak
75 g (1/3 cup) air susu
75g( 1/3 cup) gula
1 biji telur B
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh pewarna merah
Sedikit chocolate chips - tabur


Cara Cara

Kacau sebati minyak, susu, gula, dan telur. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk koko, kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel. Masukkan perwarna last sekali. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.


ENJOY!!!








Muffin ini oklah naik sampai taklah merekah sebab ada coklat besar dalam tu, mungkin dia berat nak naik, kalau hiaskan dengan frosting kat atas, dah jadi Red Velvet Cupcake. Kalau tak hias, jadilah muffin saja. Rasanya kalau kukus muffin ni lagi sedap sebab lembut kan. Kalau letak buttermilk, nescafe panas kek akan lagi moist dan berkrim.
Pen Off, Thanks for Read :)