Saturday, August 27, 2016

RECIPES : Puding Markisa


Assalamualaikum

Dekat rumah banyak sangat buah markisa gugur dari pokok, punya banyak sampai kadang kadang kucing main macam bola. Buah Markisa tak berapa gemar sangat sebab masam, tapi bagi aku sedap sebab dia masam berlemak. Jus Markisa dah buat dulu, terus plan nak buat Puding Markisa / PassionFruit Pudding pula since semua bahan memang dah sedia ada. Resepi asal ambil daripada AzlitaMasamManis. Inipon buat Puding, macam terlebih air sebab lembut sangat. ^-^






Bahan Bahan (2 bekas bulat)

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml air susu 
125gm gula pasir-boleh kurangkan
1 sudu besar sunquick
1 sudu kecil pewarna kuning


Cara Cara

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut. Ambil sedikit agar yang dimasak tadi dan campurkan bersama biji buah markisa tadi. Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air. Biarkan ia seketika sehingga keras.

Baki agar agar tadi di campurkan pula dengan susu, masak hingga didih. Tutup api, tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata. Tuang kan atas puding markisa tadi.

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin. Enak di makan bersama sos vanilla tapi aku tak buat sebab tak suka, boleh refer resepi asal kalau nak buat sos.


SIAP!!!




Aku kalau buat benda yang berasaskan jeli, agar atau dadih memang agak fail kadang kadang lembut sangat, somehow keras sangat. Lagi lagi dekat rumah tak ada pula bekas cantik nak isi, so aku just letak sama ada dalam loyang atau bekas biasa. Yang penting Puding Markisa biar nampak dua layer. Layer bawah memang masam sebab biji markisa, layer atas memang milky so kalau combine makan memang kenalah.


kalau terbalikkan macam nilah
Thanks for Read. Have a Nice Weekend =)

1 comment:

nuyun najmi said...

sedapnya puding, mengancam warnanya. :-)