Monday, August 8, 2016

RECIPES : Tteokbokki


Assalamualaikum

Semalam kakak aku cuba buat korean dishes iaitu Teokpokki. Yela selama ini dok tengok kat TV sedap betul diorang makan kan. Bila kita dah rasa sendiri makanan dorang, baru tahu not bad juga rasanya. Resepi dan Bahan bahan Teokpokki mostly akak aku beli online di FaezAmerKoreaKitchen. Memang bermacam macam makanan korea dijual mereka. Boleh juga cari bahan bahan sendiri di pasaraya. 






Bahan Bahan

5 keping Kelp
1 genggan ikan bilis
5 ulas bawang putih
1 batang leek/daun bawang
Air

10 batang rice cake (1 batang potong 4)
Fishcake & fishball (optional)
2 sudu besar Kochukaru
3 sudu besar Gochujang
2 biji telur rebus
Garam & gula




Cara Cara

1, 2, 3, 4, 5, 6) 

Rebus kelp, ikan bilis, leek dan bawang putih sehingga mendidih. 

Dah mendidih, masukkan 3 cawan air rebusan tadi ke dalam pan. Masukkan kochukaru, gochujang, fishcake dan rice cake. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga kuah mendidik dan rice cake betul betul lembut. 

Kacau sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan telur rebus. 


SIAP!!!


kalau ada bijan, boleh ditabur di atasnya



Nampak macam pedas kan. Tapi tak adalah pedas sangat, rasa pedas pedas manis, rice cake pula memang kenyal dan lembut. Untuk resepi ni kami just guna 6 batang rice cake. Jangan tanya apa itu istilah pelik dalam resepi ni sebab aku tak tahu, aku just tolong kakak aku saja =) Air lebihan rebusan tadi boleh diminum sebab berkhasiat untuk badan,

OK Thanks for Read. Have a Nice Day

6 comments:

Maria Firdz said...

Pertama kali dengar resepi nih.. nampak menarik..boleh cuba nanti ni... Thanks sharing..

Shafuhan Smab said...

wowowo. masuk list cooking utk balik malaysia nnti. btw, rice cake tu mmg ade jual kat malaysia skrg?

MiSz eMyRA said...

sedapnyaaaaa~~~

Ezy Loy said...

telan air liur je tgok gmbr..
nmpk sedap sgt!

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya tgk..

acu yuhan said...

Yup bli on9 kt fb faezamerkitchen.. Try tgk ☺