Thursday, August 18, 2016

RESIPES : Bibimbap


Assalamualaikum

Oleh sebab masih ada lagi lebihan sos Gochujang masa buat GimbapRabokki & Tteokbokki, so aku dan kakak pon berpakat nak buat Bibimbap. First kenal Bibimbap pon sebab tengok Korean Drama Full House dulu, memang famous makanan tu sebab dramanya nak nak pelakonnya Song Hye Kyo dan Rain. Bahan bahan semua ikut suka boleh letak macam macam, kalau ada kimchi lagi sedap. Resepi dan cara buat sos Gochujang pon boleh ambil daripada Blog SayaNizan.


Bibimbap = Nasi Campur






Bahan Bahan (agak agak saja sukatan untuk 1 bowl)

Carrot
Timun
Bayam
Telur
Bijan
Nasi
Cendawan shiitake
Cendawan enoki
Daging/ayam
Sos Gochujang
Minyak bijan
Kicap
Madu




Cara Cara

Potong daging panjang panjang. Perap daging bersama 1 sudu besar kicap pekat, 3 sudu besar minyak bijan dan 1 sudu besar madu. Kemudian simpan dalam peti sekejap.

Potong memanjang kesemua sayur dan cendawan. Kemudian goreng kesemua sayur dan cendawan dengan minyak bijan kecuali bayam. Bayam kami celur dan gaul dengan minyak bijan. Dalam masa yang sama, goreng kering biji bijan sehingga perang untuk tabur nanti.

Dalam mangkuk besar, ambil 1 cawan nasi, masak telur separuh masak untuk letak di atas nasi. Kemudian hiaskan sekeliling telur dengan sayur, daging, cendawan dan sos Gochujang mengikut kreativiti.


SIAP!!!


dah hias, boleh tabur bijan atasnya



Bagi aku, Bibimbap ini sedap dia bergantung pada sos Gochujang dan minyak bijan. Tak rasa pedas pon, not badlah rasa macam makan nasi goreng Korea. Macam kau makan nasi lauk biasa, cuma yang bezanya Bibimbap ni nasi gaul terus. Siapa vegetarian sangat sesuailah untuk mencuba resepi ini. Nak lagi sedap boleh guna Brown Rice inipon kami makan 1 mangkuk share 5 orang sebab nak merasa saja kan for first timer. 


inilah rupanya bila digaul bersama. 
OK Thanks for Read. Have a Nice Day :)

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnyaaa tgk..
kalau dkt, leh buat niaga ni.yui beli.ihihih

norhidana miswan said...

nengok pun dah tau msti sedap... aduh la...
mmg betul yg menentukan sdp ke tak tuh sos dia tuh akak rasa

ezyra taharin said...

first time makan kat shabu shabu last week, memang sedap !!! memang dia bergantung dgn sos tu, kalau sos tak sedap, so tak sedap la