Friday, October 21, 2016

Ahmad Lim Black Pancake


Assalamualaikum

Minggu lepas weekend pergi lepak rumah kawan kejap di Shah Alam, so pergilah kami berjalan tengok kedai makan area Shah Alam. Time kami pergi memang jammed jugalah jalan depan UiTM Shah Alam, maklumlah graduan semua nak ambil robe untuk musim konvo akan datang. Malam tu kami pergi cuba makan di Ahmad Lim Black Pancake, cawangannya banyak salah satunya di Seksyen 7. Sebab apa black pancake? sebab korang boleh pilih sama ada nak pancake warna hitam atau biasa saja. Kelainan pancake ini adalah sebab saiznya besar seperti saiz medium pizza.


kedai dia kecil saja sebab menumpang Restoran Lawangsari.

maps nak ke sana

Disebabkan kami pertama kali nak cuba, so ingat nak ambil yang murah sekali lah, tapi yang murah sekali lah tak ada, tinggal yang mahal saja ada. Menu yang available time tu cuma Cream Cheese Cookies, Cheddar Cheese and Nutella. So kami pun pilih Nutella Pancake (RM30). Agak pricey juga sebenarnya tapi nasib baik saiznya besar dan sememangnya sedap. Terdapat juga cawangan di wangsa maju, korang boleh google saja Ahmad Lim Black Pancake, memang ramai orang dah cuba dan bagi positive feedback.


menu



Bagi aku sedap juga rasa macam makan apam balik/waffle letak coklat cuma pancake luarnya macam oily sangat. =) Memang kenyang dan kami siap boleh makan untuk pagi esoknya sekali. Kalau letak cheese mesti lagi sedap. Masa kami order pun memang ramai pelanggan sebab kebanyakan orang suka beli Ahmad Lim Black Pancake ini untuk sambutan birthday instead of cake kan. Nampaklah kelainan sikit. 


OK Pen Off. Thanks for Read :)

3 comments:

norhidana miswan said...

wahhhh rasanya ada nampak cawangan kt wangsamaju jgk...

Norliza Nordin said...

dah try gakk..
jemput bace ye..:)
https://sinarcintaku.blogspot.my/2016/11/ahmad-lim-black-pancake-wangsa-maju.html

artmuslim said...

They should hv kid size with kid price. Anyway I just got to know it was an overhyped hipster apam balik not suitable for those who are healthy concious.

But for those who couldnt care less about health, just enjoy it. Heard that doctors love it. Not bcos of the taste but their number of patients getting bigger. Lol.