Sunday, October 30, 2016

LANGKAWI : MH Saujana Enterprise Pt1


Assalamualaikum


Dua minggu lepas aku dan dua orang kakakku joined trip ke Langkawi pada 21 - 24 Oktober lalu yang dianjurkan oleh kawasan perumahan kami juga. Pertama kali dalam hidup dapat jejakkan kaki ke pulau permata Kedah. Maka berangkatlah kami satu bas ke Langkawi, bertolak Jumaat malam jam 6 petang dan sampai di Jeti Kuala Perlis pada subuh esoknya. Penat gila naik bas 12 jam perjalanan, nasib baik sepanjang dalam bas tidur saja. Buat pertama kali juga kami jejakkan kaki ke negeri Perlis, kalau bukan sebab pergi Langkawi tak merasa pergi Perlis. =)


Feri kami pukul 8 pagi, ramai sangat orang beratur nak naik feri, rupanya sepanjang trip ke sana, memang banyak jumpa orang Pahang bercuti di sana since Pahang cuti Isnin sempena birthday Sultan Pahang. Perjalanan ke Langkawi dalam 45 minit juga tapi duduk dalam feri tu terasa macam lama dan bosan sangat sebab atas laut kan, dengan lapar dan mengantuknya.


pemandangan dari dalam feri

sampai dah Langkawi!!!



Sesudah sampai Langkawi, terus kami dibawa menyorok (sarapan) di Pekan Kuah makan nasi campur, tapi kami makan nasi lemak, mihun saja. Then, terus bergerak ke destinasi pertama iaitu melawat Kilang Gamat MH Saujana Enterprise. Dekat sini dapat tengok pelbagai jenis produk yang dihasilkan daripada gamat sebab sebelum ini cuma tahu minyak gamat saja biasa. Memang murah sangat kalau memborong banyak sebab semua tahu kebaikan gamat dalam kesihatan kan.




Lepas tu, kami pergi ke belakang untuk melihat sendiri cara gamat dimasak. Memang panas dan berasap tapi kagum sebab bukan senang rupanya gamat dihasilkan. Terdapat juga akar seruntun dimasak. 


baguslah abang ni tahan asap.

Sedikit pengenalan tentang MH Saujana

MH Saujana Enterprise merupakan pengusaha Gamat yang terkenal di Langkawi. MH Saujana juga menjual, memproses dan membekalkan ubatan-ubatan tradisional. Produk yang paling popular di hasilkan adalah Minyak Akar Seruntun. Minyak ini diperbuat dari 210 Jenis herba yang segar, di masak selama 21 hari dan di perap 1 minggu. Keistimewaan minyak ini, boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kebas kaki tangan, patah tulang, terseliuh, terkena api atau air panas, luka-luka besar, sembelit, terkena gigitan serangga berbisa, alahan kulit dan lain-lain.


minyak rambut & minyak halia

bedak gamat & jeli gamat

sesi penerangan & urutan

Semasa kami melawat kilang gamat, kami diberi penerangan oleh pengasasnya dan terdapat juga sesi urutan percuma menggunakan minyak gamat bagi pak cik mak cik yang ada sakit lutut.


sabun muka gamat pon ada

Lawatan kami ke Langkawi ini selama 3 hari 2 malam, so setiap hari memang banyak pergi tempat berbeza dan banyak sangat gambar, so stay tuned for next part.
Pen Off. Have a Nice Day :)

1 comment: