Monday, October 31, 2016

LANGKAWI : Rumah Nur Kasih Pt2


Assalamualaikum


Since kami ikut trip bersama mak cik pak cik, so kami banyak pergi tempat shopping instead of tempat bersejarah, walhal kami tak beli pon sangat. Selepas kami ke Kilang Gamat, kami terus ke tempat menjual Batik dan Pelikat iaitu Nashana Enterprise yang terletak dekat sangat dengan Kilang Gamat tu. Pergi Langkawi memang mudah sebab tempat tumpuan pelancong pon semua dekat dekat dan banyak disediakan kemudahan kereta sewa dan hotel yang murah.




kain batik & kain pelikat

Dekat sini, kami dah mula memborong kain batik, kain pelikat, tshirt, dan keychain sebab alang alang dah murah dan dah jumpa, so better grab lagipon takut esoknya terlupa atau dah lari budget maklumlah esok dah nak pergi tempat lain lagi.


tshirt dan keychain RM1 satu.

Kemudian, kami ke tempat printing tshirt. Tshirt disini kualitinya lagi baik dan 100% cotton, harga pon berpatutan sebab straight terus dari kilang. Tapi kami tak beli pon sebab dah beli tshirt di kedai sebelumnya.








Masuk waktu lunch, kami bergerak ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih untuk beramah mesra dan makan bersama anak anak yatim. Cantik rumah anak yatim ni, sangat besar dan selesa cukup untuk anak anak yatim yang tak ramai sangat bilangannya. Tujuan kami melawat ini sebab nak selitkan juga aktiviti charity dalam lawatan kami supaya nampak lebih kemanusiaan disamping dapat menyumbangkan bakti kepada mereka.


sumbangan juga boleh dibuat


Masuk saja rumah anak yatim, kami disambut dengan persembahan daripada anak anak syurga. Sayu pula dengar mereka mendendangkan dua buah lagu nasyid. Comel comel saja mereka semua ini. Dah lama sangat tak jejakkan kaki ke rumah anak yatim lepas habis universiti ini.



persembahan dari mereka

penat seharian berjalan..
Pen Off. Thanks for Read :)

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa

norhidana miswan said...

sambil supink2 selitkan sekali aktiviti mcmni ok jgk kan...

dpt menambahkan keceriaan di wajah mereka2 yg kehilangan