Tuesday, October 25, 2016

Pengalaman Interview XI


Assalamualaikum

2 minggu lepas pergi temuduga terbuka di CIMB sebagai Customer Service Officer (CSO). Temuduga berlangsung selama 2 hari pada 4 dan 10 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Aku ambil cuti half day, pagi tu sampai sana pukul 8 pagi pon dah ramai sangat calon menunggu dan akhirnya pada pukul 11 lebih aku dipanggil untuk interview. Bila sebut customer service mesti semua fikir call orang kan, tapi untuk CSO ni, memang tak call orang dan tak cari orang sebabnya pelanggan yang akan cari kita.


Skop kerja CSO ialah lebih kepada buka/tutup akaun bank, buat/tukar kad atm pelanggan, remittance atau sebagainya. Macam korang pergi bank, mesti akan nampak staff yang duduk luar kawasan teller dekat meja persendirian kan, itulah CSO bank. CSO tak pegang cash, Customer Service Representative (CSR) saja yang pegang. CSR tu teller lah dalam bahasa mudahnya. Sebab tu masa nak cari kerja, baca dulu apa job descriptionnya. Kalau bahagian call pelanggan tu namanya Call Centre / Contact Centre. Aku terangkan ini kalau untuk CIMB lah, kalau bank lain mungkin jawatan dan tugasnya lain. CSO ni memang akan duduk di branch dan bukan HQ.



First time aku temuduga 5 minit saja, nak tergelak pon ada mungkin sebab calon ramai sangat kan. Temuduga 5 minit tapi nak tunggu punya lama. Antara yang ditanya:


1) Is this your first time interviewed with CIMB?

Disebabkan aku pernah datang temuduga sebelum ni, so interviewer terus skip ke pengalaman kerja. Tak payah nak introduce myself lagi.


2) Why do you want to work as CSO?

Aku sekarang tengah kerja so dia pelik kenapa apply kerja lagi. So aku pun cakap lah konon konon aku suka jumpa pelanggan.

eg: I love dealing with customers because i can expand my network by mingle around with them. I love to learn something new and for me everyday we meet new customer and we learn something new from them, try as hard as we can to solve their problem or refer them to the appropriate officer.


3) You have mentioned that you are customers person, so why you didnt apply for Call Centre position?

Soalan ini macam tricky sikit. So cakap saja i love to handle walk in customers only
Maksudnya face to face dengan customer yang datang branch saja, bukan by phone.


4) What your supervisor/boss comments or give feedback about you?

Pelik sebenarnya cara interviewer tu tanya sebab sebenarnya dia boleh saja call references kita tapi dia nak kita cakap sendiri. So pandai pandai tipu saja.

eg: My supervisor said that im a person who can work under minimum supervision and need to go beyond my comfort zone such as learn something new/challenges myself.


Itu saja yang ditanya dan lepas tu terus aku masuk kerja lepas lunch. Keputusannya tak tahu lagi sebab katanya mungkin akan ambil dua minggu ke sebulan sebab ramai candidates.

Thanks for Read. ;)

1 comment:

sheAYANG said...

Good luck. InshaAllah dapat kalau itu yg diinginkan.