Sunday, October 23, 2016

Sime Darby Run 2016


Assalamualaikum

8 Oktober lepas hari Sabtu sempena Hari Sukan Negara kami join larian anjuran Sime Darby Group Games yang berlangsung di Bukit Jelutong Shah Alam. Untuk larian ini ada 2 kategori 5 km dan 10 km. Kami join 5 km saja sebab 5 km pon dah semput apatah lagi 10 km. Aduh letih gila tapi best sebab dah lama tak marathon ramai ramai. 




Ramai sangat staff sime darby joined, segan pula kami tiba tiba join. Acara larian bermula pukul 7.30 pagi bagi 10 km dan diikuti 7.45 pagi bagi 5 km pula. Kami sampai memang tak sempat nak warm up sebab sampai orang dah dekat garisan permulaan dah sebab kami sesat mula mula tu. Tapi Alhamdulillah berjaya juga habiskan 5km. 


semangat masing masing nak berlari

garisan sedia!!!

Dalam sejam juga nak habiskan 5 km sebab kadang kadang aku berlari, kadang kadang berjalan.


member member

Memang tak ambil gambar pon time lepas lari sebab penat gila ditambah dengan peluh satu muka. Tak ada mood nak bergambar, cuma ambil gambar kawan kawan saja. Bagi perserta 10 km, mereka dapat sijil penyertaan dan medal sekali. Memang bestlah dan berbaloi dengan penat lelahnya. Acara habis dalam pukul 12.30 tengah hari selepas penyampaian hadiah, lucky draw dan pemenang semua. 


tengoklah ada yang dapat 3 medal lagi di leher

Secara keseluruhan, larian ini dimenangi oleh Sime Darby Plantation, jealous pula tengok dorang dapat medal masing masing. Lucky draw pula sangat berbaloi sebab hadiah lebih kepada perkakas elektrik rumah.
Pen Off. Have a Nice Day =)

2 comments:

Ann Ishak said...

lepas ni boleh join banyak lagi marathon

luqman zakaria said...

bestnya. huhu