Monday, October 3, 2016

Tip Terkena Air Panas


Assalamualaikum

Entri panjang kali ini ye :)

Alkisahnya bermula lepas balik kerja tu, memang lapar sangat time tu. Dalam kepala cuma fikir nak buat air saja. Balik balik terus masak air, bila air dah masak terus dengan segera pegang bekas dan tuang air panas. Aku pula tak cerdik masa tu, dah tahu bekas tu tak tahan air panas menggelegak, isi juga dalam tu, lepas tu bekas mengecut habislah air dalam bekas tu kena tangan aku. Tersenyap dekat situ, terkejut sampai tak terjerit terus campak bekas tu.

First time kena air panas teruk macam ini, 2 minggu juga nak baik sebab luka besar. Dia punya sakit tu sampai rasa kat dalam tangan, melecur kan. Bukan sikit saja terkena, tapi hampir satu tangan kiri kena air panas. Memang azab je rasa. Dahla time aku kena tu, baru saja hari kedua mula training dan hari kedua berjauhan dari family, training pula 2 minggu memang tak selesa lah sepanjang training tu. 




Gambar 1st : 2 september. Gambar pertama ambil lepas 2 jam terkena air panas. Dah boleh nampak gelembung mula naik.

Gambar 2nd : 3 september. Tangan dah mula membengkak dan kehitaman, gelembung pula makin besar.


Gambar 3rd : 4 september. Disebabkan aku kerja hari sabtu, so terpaksa pergi klinik keesokannya hari Ahad. Time pergi klinik tu Dr dah macam nak marah kenapa tak pergi terus masa kena sebab satu tangan kena air panas kan. Dr pecahkan gelembung tu sebab gelembung tu sangat menyukarkan aku untuk bergerak. Dr balut dan beri krim Zinc Oxide, Moisturizer dan ubat surut bengkak.


Gambar 4th : 7 september. Time ni banyak sangat gelembung di keliling jari pula naik. Memang kena pecahkan cepat cepat selagi gelembung masih kecik.




Gambar 5th : 9 september. Masa ni luka dan gelembung dah kering dan sangat tegang kulit sebab mengelupas. Tapi kena hati hati sebab takut terkena benda kasar yang boleh koyakkan kulit tu. Inipon dah terkoyak dah kulit kat jari tengah tu.


Gambar 6th : 2 Oktober. Gambar latest hari ini. Lepas luka dah kering, terus boleh gunalah apa apa krim hilangkan parut. Sebab semua krim hilangkan parut hanyalah external use. Tangan yang kena air panas ni aku bandingkan dengan tangan sebelah, permukaannya lebih gelap sedikit, tak apa yang penting dah sembuh. 

_________________________________________________________________________________

Banyak benda yang aku belajar daripada kejadian ini sebab banyak kesilapan yang aku lakukan, maklumlah panik kan. So aku nak kongsikan Tips Pertama dan Langkah Pencegahan Jika Terkena Air Panas terutamanya kalau kawasan terkena tu besar macam kes aku ini.


#Jangan Panik

Aku tak panik masa kena, aku cuma tak tahu nak fikir letak apa, sebab time tu baru pindah masuk rumah sewa, barang barang pon semua tak ada. Kalau boleh time ni terus google "pertolongan pertama terkena air panas". Tapi aku terus letak toothpaste, silap sebenarnya.


#Lalukan tangan di air paip yang mengalir

Masa aku dapatkan rawatan di klinik, Dr sarankan langkah pertama jikalau terkena air panas adalah dengan basuh saja permukaan yang terkena dengan air paip dalam masa 5-10 minit. Tujuannya untuk hilangkan sumber panas dulu.


#Krim / Pelembap

Lepas dah lalukan pada air paip, lap dan keringkan permukaan yang terkena kemudian sapu dengan krim antibiotik. Kalau tak ada, letak saja losyen/aloevera/minyak gamat (jangan letak minyak panas) dan pergi klinik dapatkan rawatan. 

_________________________________________________________________________________

Lepas aku dapatkan rawatan di klinik, atas nasihat doktor aku terus pergi watson/guardian nak beli Alcohol Swab, Gauze Dressing dan kain kasa. Penting benda ini sebab luka aku besar dan terdedah. 


Langkah pertama aku antiseptikkan dulu jarum peniti untuk cucuk gelembung tu sebab gelembung tu tetap akan gelembung walaupun dah pecahkan banyak kali. 

Langkah kedua lepas dah buang air bisa, terus aku sapu seluruh permukaan dengan alcohol swab, pedih sikit masa ini. Alcohol swab murah saja 1 paket dalam RM1.60++ ada 10 keping.

Langkah ketiga aku tampal dengan paraffin gauze dressings, gauze dia memang dah berubat. Paraffin Gauze ini ada dua saiz ; 5cm & 10cm. Sekotak 5 keping RM12++. Gauze ni aku just guna time kerja sebab nak balut. 

Langkah keempat terus balut dengan kain kasa sekali dengan gauze tu sekali balut bersama. Balut pon jangan kerap sangat, aku just balut time pergi training dalam minggu pertama kena air panas sebab takut terlanggar something since luka masih baru. Kain kasa kena sentiasa tukar, nanti kuman. Dekat rumah tak balut pon, cuma sapu moisturizer biar dia cepat kering. Time nak tidur saja, aku sapu dengan zinc oxide cream yang Dr bagi. 



Sepanjang healing process, memang kena berhati hati maklumlah training dari pagi sampai maghrib. Lepas tu time solat nak kena cuci betul betul, memang mencabar. Yang paling mencabar bila semua orang tegur tangan aku, memang ramai sangat concern dengan aku. Haha. Penat juga nak menjawab satu satu tapi tak apa tanda dorang care pasal aku. Satu lagi aku tak pasti dengan petua orang dulu tentang letak kicap, susu pekat semua. Ada yang aku baca berkesan, ada juga aku baca ada infeksi. Mungkin bergantung pada luas permukaan yang terkena dan cara penjagaan. Kalau kes aku ni, memang dah serius dan perlu dapatkan rawatan sebab dah macam terbakar. 

Any tips tentang air panas ni, feel free to drop the comment below. Thanks =)

4 comments:

Juls Julie80 said...

Salam.ziarah sis..

Semoga cpt sembuh..menda nak jadik..kita punx sangka kan..anak sedara pnh kena air panas..SIL letak cream drapolene ke ape ntah nama tu..yg utk baby tu..

Saya pun pnh kena jgk air panas..tp x ler teruk cam sis ni..saya lalukan bwh air paip..lps tu keringkan & sapu gel aloe vera sementara tggu nak g klinik..mmg pedih tu...amek masa nak baik..sabar yer.. asa hikmahnya.. :)

Juls Julie80 said...

Salam.ziarah sis..

Semoga cpt sembuh..menda nak jadik..kita punx sangka kan..anak sedara pnh kena air panas..SIL letak cream drapolene ke ape ntah nama tu..yg utk baby tu..

Saya pun pnh kena jgk air panas..tp x ler teruk cam sis ni..saya lalukan bwh air paip..lps tu keringkan & sapu gel aloe vera sementara tggu nak g klinik..mmg pedih tu...amek masa nak baik..sabar yer.. asa hikmahnya.. :)

luqman zakaria said...

seriously tak boleh bayang sakit dia macam mana.

nana liena said...

salam..
kena setitik air panas pn dah terkejut ,inikan pula kena banyak macam ini. huhu
semoga cepat sembuh. kesakitan itu ujian Allah asalkan kita bersabar adalah ganjarannya..
bagus juga tips yg awak kongsikan sekurang2nya kita tahu nak buat apa,kalau google pun mcm2 keluar cara nak buat cuma kena hati2 juga ada sesetengah petua macam tak boleh pakai sangat.