Monday, October 24, 2016

Zawara Coffee Setia Alam


Assalamualaikum

Sebelum kami berdua pergi makan dekat Ahmad Lim Black Pancake di entri ini, kami lunch dulu di Zawara Coffee. Plan asal memang nak masuk Setia City Mall, tengok movie Deepwater Horizon dan makan dekat sana. Tapi kami terlajak jalan dan tiba tiba dari jauh nampak restoran Zawara, so terus parking dan masuk untuk makan. Ramai juga masa tu sebab musim konvo kan, ramai family datang. Besar restoran ini, selesa dan tenang. Dekorasi pon cantik sekali dengan free wifi.




cozy je kan

Servis di sini, bayar dulu then makan. Disebabkan first time makan di sini, agak lama juga kami memilih menu sebab semua nampak tempting. Jadi kami order:


Fries = MYR 3
Beef Burger = MYR 15
Tom Yam Beef Spaghetti = MYR 12

Butterscotch Blended = MYR 12
Caramel Cappucino = MYR 12

Total = MYR 54




Tom Yam spaghetti

Tom Yam spaghetti memang sedap, pedas dan ada rasa. Portion pon banyak dan beef dalam spagheti pon banyak. 


Beef Burger

Aku pilih burger sebab dah lama tak makan burger dan add on fries. Sedap sangat burger dia, roti memang lembut, daging burger pula tebal dan besar. Yang paling penting sangat sedap, even aku baru makan half pon dah rasa kenyang. Air aku order Caramel Cappucino, nicelah dengan rasa pahit kopi aku suka macam minum air Caramel dekat starbucks.


Butterscotch Blended

Minuman butterscotch sangat refreshing ditambah pula dengan whipping cream. Lepas dah habis makan, boleh ambil masa sekejap main word puzzle di bekas makanan tadi macam di bawah ini.


lets play a game!!!

Bagi aku, worth it lah makan di sini dengan harganya. Terdapat juga desert macam kek, roti semua. Mungkin next timelah kalau pergi lagi. Lepas makan baru kami masuk SCM jalan jalan.
Enjoy your weekend guys!!! :)

2 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Next time awak ke sini, cuba try pulak Churros... Nie menu signature Zawara tau...

atheera dayana said...

zawara kat sini seems sedap, one of the branches saya try not so good and im so disappointed