Tuesday, November 1, 2016

Chawan Citta Mall


Assalamualaikum

Kelmarin lunch di Citta Mall, saja tukar angin sikit instead of makan di kafe pejabat saja. Citta Mall bagi aku tak macam mall sangat sebab Citta Mall lebih sesuai kepada family. Kalau bagi orang orang muda macam kita ini memang tak berapa suka sangat ke sini. Tapi aku tak dapat nafikan yang Citta Mall memang ramai orang yang datang sebab terdapat banyak pilihan kedai makan di sana dan paling best semuanya kedai makan dekat dekat so tak payah nak survey jauh jauh. Jadi semalam kami makan di Chawan, tak perasan sangat kewujudan restoran Chawan ini sebab warnanya yang tak catchy pandangan mata. hee






Simple dan klasik saja hiasan restorannya. Menu ni mula mula ingat macam kotor, ada air tumpah ke. Rupanya memang gambar macam tu. Beriye aku nak panggil waiter suruh lap. :)




Disebabkan makan tengah hari, so kami order yang biasa saja. Warm water dan aneka mi.


Mihun Udang

Ipoh Kuey teow Sup

Mihun Curry Laksa

Lontong dan sambal sotong

Lontong & sambal sotong = RM 13.50
Ipoh Kuey Teow = RM 13
Curry Laksa = RM 13
Prawn Mee = RM 13
Warm water = 2 x 60 sen
Mineral water = RM 2.50

Serv 10% =RM 5.62
GST 6% = 3.71
Total = RM 65.55


Bagi aku, tak sedap sangat dekat Chawan ini. Mi udang aku tak rasa apa pon, plain dan belacan kuat sangat. Curry Laksa pon tak rasa masam dan pekat. Tak berapa kena sangatlah tekak tapi sambal sotong sedap. Nasi impit pula agak keras sikit. Overall ok saja dan kenyang cuma tak memenuhi sangatlah selera kami.
Pen Off. Have a Nice Day =)

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

layaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan

Ann Ishak said...

dekat chawan ni saya suka layan bun dengan kopi, tak pernah lagi cuba main course lagi