Tuesday, November 8, 2016

iLapar Cafe


Assalamualaikum

Weekend lepas pergilah mencuba makan di iLapar Cafe Ara Damansara, sebelum tu kami pergi beli barang dapur dulu di Tesco Extra Ara Damansara sementara nak tunggu cafe ini buka. Cafe ini buka pada pukul 6pm sehingga 12 malam, dekat sangat dengan tesco. Cafe ini cantik sebab konsepnya yang santai menggunakan bean bag dan pengunjung boleh memilih untuk makan di luar atau di dalam. Kami merupakan customer pertama yang sampai sebab bean bag seat agak limited so siapa yang datang beramai ramai, better booking dulu seat.


Konsep di luar







Konsep di dalam





Servis disini layan diri, bila dah tengok menu nak order terus ke kaunter dalam buat pembayaran dahulu kemudian makanan akan dihantar ke meja anda.




Since dah makan berat dah tengahari, jadi kami pilih nak makan ringan saja. Cuma order chips dan air saja. Spaghetti pon ada.


Jelly Coffee = RM 9.90
Blue Curacao Mojito = RM 9.90
Chips = RM 6

Total = RM 25.80




Chips dia sangat crispy dan banyak sangat, even kami makan lambat dan berdua pon tak larat nak habis. Jelly Coffee rasa macam kau minum air kopi dengan cincau bersama whipping cream. Blue Curacao pula sedap sebab rasa masam manis mint dan seleri blended.



Nak datang sini senang saja, cuma maps/waze iLapar Cafe. 

Have a Nice Day :)

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya nak cuba la nanti

norhidana miswan said...

nama cafenya urban sgt...
tempatnya pun santai2 je... tp kalau tgh2 mkn hujan mmg naya lah hehehhe