Wednesday, November 2, 2016

LANGKAWI : Kilim Geoforest Park Pt3


Assalamualaikum


Hari kedua kami pergi ke Kilim Karst Geoforest Park. Bayaran yang dikenakan menaiki bot adalah RM25 seorang. Berbaloi sebab banyak aktiviti yang dapat dilakukan di Kilim ini.





baju oren tulah geng kami sekali





Banyak aktiviti yang dapat dilakukan disini dengan menaiki bot. Pertama, kita akan dibawa ditempat habitat burung helang iaitu simbol langkawi, dah pergi Langkawi mestilah kena tengok burung lang dengan mata sendiri. Pagi pagi memang waktu burung helang cari makan dengan memakan ikan ikan kecil.


burung helang tengah mencari makan

Disebabkan kami pakai kamera fon, tak dapatlah tengok burung lang dengan lebih jelas dan dekat. Kedua, kita akan dibawa ke sangkar ikan yang diternak. Terdapat banyak ikan yang diternak antaranya ikan pari, belangkas dan lain lain. Yang paling menarik ada ikan pancut, ikan tu pancut sebabnya nak tangkap makanan atau tertarik dengan warna yang menarik.


sangkar ikan.

Ketiga, kita akan dibawa ke Gua Kelawar, agak sejuk dan sempit di dalam gua tapi nasib baik tak gelap sangat. Dalam gua ini kita dapat tengok jenis jenis pokok paya bakau, dan juga kelawar tengah tidur. Banyak sangat kelawar dan disarankan jangan guna flash handphone terlalu lama sebab takut kelawar terjaga dan serang.




kelawar tengah tidur di atas

Akhir sekali, kita akan menuju ke laut untuk bergambar di hadapan landmark Kilim Geoforest Park. Sangat cantik duduk didepan bot dan bergambar dengan signboardnya sebab kalau perasan di atas signboard memang kelihatan batu berbentuk penyu.


nampak tak bentuk penyu di atas papan tanda.


Next Entry kami naik cable car =) Thanks for Read

1 comment:

Liyana said...

rindu langkawi :)