Saturday, November 26, 2016

Mr Dakgalbi Citta Mall


Assalamualaikum

Disebabkan Jumaat balik kerja lambat dan nak balik pun jammed gila so kami pun pakat pakat nak tengok wayang cerita Fantastic Beast and Where to Find Them di Citta Mall. Sebab situla saja kawasan yang tak sesak. Fantastic Beast memang best, cerita mengenai ahli sihir yang mengembara ke New York dengan alasan nak lepaskan haiwan peliharaannya tapi lain pula jadinya. Kelakar ceritanya, lagi best dari Harry Potter lagipun movie inipun JK Rowling punya cerita.

Sebelum tu kami makan dulu di Mr Dakgalbi. Dakgalbi ini dalam bahasa melayunya adalah ayam panggang apa entah. Mula mula ingat nak makan nasi goreng+ramen dengan cheese tapi takut kenyang sebab rushing nak kejar movie time nanti. So kami makan tteokbukki saja, pun kenyang sebab makan cepat.




Sementara menunggu tteokbukki masak, kami dihidangkan dengan side dishes wajib di bawah ni. Air sejuk memang disediakan di restoran ini. So tak payah pesan air pun tak apa, nanti confirm akan kenyang gila. 


Side dishes wajib

Dumpling

Portion besar sangat, better makan 3 orang

Servis di sini memang pekerja situ yang akan masakkan untuk kita, sepanjang nak tunggu makanan masak, bertukar tukar pekerja datang tolong kacaukan. Bagi aku makan di sini ala ala macam steamboat cuma, kena makan santai santai baru best.


Dah siap, boleh makan dah

Tteokbokki (2-3 pax) = RM49
Dumpling = RM12

Total = RM61



Tisu, sudu dan chopstick memang dah disediakan di setiap meja pengunjung, kalau nak garpu pun boleh request dekat pekerja situ. Dumpling sedap, tteokbokki pun sedap dalam kek beras tu dah memang ada cheese. Rasanya lagi berbaloi kalau makan ramai ramai, ada juga set ala carte biasa.
Thanks for Read. Pen off ☺

6 comments:

Bahrain said...

Dah rasa makan ni memang sedap dan kena makan ramai. Syok tengok orang tolong masak kan utk kita. haha

miss eimanhikmah said...

mcm nk try jeeee..mcm sedappp jee

norhidana miswan said...

tgk pun tau banyak portion nya tuh.... mkn ramai2 msti layan...
tp kalau nk cpt mcm rasa nk tercekik hehehehe...

tingin la nk try nengoknya... harga pun berpatutan

Syuhada Salleh said...

bestnye..nmpk sedap..

Intan Saffyna said...

hi, saya datang blogwalking sambil follow sini terus :)

Time Traveller said...

Hi Salam Perkenalan.. Blogwalking weekend.. makanan korea tu rindu korea pulak hahaha.. :D