Wednesday, November 23, 2016

Onigiri & Cheese in the Trap


Assalamualaikum

Siapa peminat drama korea Cheese in the Trap??? Aku pun baru habis tengok drama tu bulan lepas. Hasil daripada tengok drama tu?? Mestilah rasa nak cuba makan Onigiri sebab dalam drama tu, hero heroin selalu makan benda tu.

Nasib baik dekat 7 eleven ada jual onigiri tapi tiap kali aku pergi, mesti sold out semua. Dan semalam langkah kanan onigiri masih ada lagi, terus grabbed dua perisa iaitu Teriyaki Chicken dan Potato Mayonnaise. Satu onigiri harga rm4, not badlah sebab besar juga boleh buat breakfast. Antara dua perisa ni aku lebih suka potato mayonis. Teriyaki chicken rasa macam tuna ayam saja.




Asal dorang dating, mesti makan benda ni

Step by step

Nak buka onigiri ni ptn ada cara tau dan bukan semua orang berjaya buka dengan cantik. First onigiri aku buka balutan fail, second attempt baru berjaya tapi tak berapa nak kemas. Dekat balutan tu ada tulis cara nak buka. Ingat lagi dalam drama tu, punya semangat si hero tu beli banyak banyak onigiri semata mata nak belajar buka dengan cantik, padahal nak mengorat perempuan tu saja. Hee



Potato mayonis sedap. Besar pula kentang letak

Berjaya buka dengan cantik

Teriyaki chicken pun sedap, ayam ketul ketul

Ok mesti korang semua ada yang pernah cuba kan. Next time kalau jumpa, nak try perisa lain pula. Onigiri ni makanan jepun, kalau korea panggil kimbap je. Lebih kurang saja rasa.
Ok pen off, thank ☺

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow 2

Yati said...

Saya baru tahu onigiri tu apa. :)

norhidana miswan said...

akak selalu beli sushi je klu pi kt aeon tak penah beli onigiri nih.. tkt tak sedap... tp lps tgk nih, lenkali nk try jgk lah cmane rasanya tuh kan

Rozita Abdul Rahman said...

tak pernah tau onigiri tu apa.. haha.. lagi kesian..

Film Desember 2016 said...

Visit here my friend :D

Mrs. A said...

Kat 7E ada jual?
Apsal Mrs. A tak pernah nampak ea.
Nanti nak try jugaklah.

Time Traveller said...

Tesco pun dah ada jual sekarang nie :D