Monday, November 7, 2016

Pizza Hut Paradigm Mall


Assalamualaikum 

Semalam keluar tengok wayang di Paradigm Mall, sampai sampai terus beli tiket dan nasib baik movie terus start so tak payahlah nak tunggu lama kan. Kami tengok movie Doctor Strange, aku bukan minat sangat movie aksi ini, tapi bagi aku Doctor Strange memang best dan lawak. Cuma ada certain certain part berlawan tu buat aku menguap sebab agak lama sangat scene tu. Tapi best memang sesuai ditengok bersama family sebab berbaloi sangat. Doctor Strange tu pon hensem, nama doktor tu 'strange', perangai pon memang 'strange'.


Macam biasa lepas bergelak tawa dalam wayang, habis wayang memang perut minta diisi. Kami tak tahu nak makan mana sebab kedai makan di Paradigm Mall banyak tapi bersepah sepah so sangat penat nak turun naik tingkat mana nak tengok menu. Kami memang jenis akan tengok menu dulu before makan. disebabkan dah penat cari kedai makan so kami makan saja di Pizza Hut sebab dah memang lapar sangat.


set jimat memang sentiasa jadi pilihan



Kami pesan Sashimi Spaghetti, Aglio Olio dan Hawaii Chicken Pizza. Air cuma pesan warm water saja sebab petang nanti kami plan nak cuba makan kat tempat lain pula.


Sashimi Spaghetti = RM 11.30
Aglio Olio Spaghetti = RM 11.30
Hawaii Chicken Pizza = RM 11.50

GST= RM 2.18
Serv Charg = RM 3.51
Total = RM 38.60




Aglio Olio Spaghetti

Sashimi Spaghetti

Aglio tak berapa nak sedap dan tasteless, sashimi sedap. Tapi kalau makan dengan sos bersama Aglio tu, sedaplah sikit =)




Thanks for Read, Pen Off :)

3 comments:

norhidana miswan said...

dh lamanya tak lepak mkn kt pizzahut...

akak paling suke yg cabonara... mmg terasa pekat betul kuah n lemak bercheese gtu...

luqman zakaria said...

kalau nak makan Aglio olio cuba try dekat wonder mama X, kat situ boleh la sedap la jgk..hehe

Nurzakiah Hanum said...

NYUM2