Friday, November 4, 2016

Ramen Samyang


Assalamualaikum

Sejak viral kepedasan samyang ni, dah lama teringin nak cari Hot Chicken Flavor Ramen ini. Tapi tiap kali jumpa mesti tak ada yang jual satu satu, mostly semua paket paket jual. Tak naklah beli banyak sebab kita pon baru nak try. Nak dijadikan cerita haritu pergi Citta Mall teman kawan, masuklah kami ke pasaraya Cold Storage, tiba tiba jumpa pula ramen ini dalam cup dijual satu satu. So apalagi terus ambil, satu cup harga RM5.50.  




First time aku rasa ramen ini, memang pedas luar biasa. Maggi paling pedas pernah aku rasa setakat ini. Suapan pertama pon dah mula rasa bahangnya, tapi alhamdulillah habis juga makan. Bagi aku pedas gila sebab maklumlah kalau pedas, kita automatik akan makan cepat dan laju, so terus automatik berair hidung dan mata aku. Sebab ramen ini makin lama makan, makin pedas tu menyerang.




Ok lepas tu aku rasa lagi buat kali kedua tapi dalam paket bungkus punya. Aku rasa kali kedua dah tak pedas sangat macam aku makan dulu. Aku tak pasti tapi aku rasa dalam cup lagi pedas daripada bungkus mungkin sebab kuantiti mi dalam cup lebih sikit berbanding bungkus tapi perasa sama saiz saja, sebab tu cup lagi pedas kot. Takpun mulut aku ni rasa lain. Aku tak faham macam mana ada orang boleh pulak makan ramen ini ditambah dengan cili padi, fuhh rasa macam nak mengamuk saja kalau pedas membakar.




Aku rasa perasa dia macam tu saja pon dah boleh rasa pedas, bau pon dah boleh agak pedas apatah lagi rasanya. Lepas makan ramen ini, esok pagi mesti terus rasa nak membuang sebab makan pedas kan. Mi Ramen ini berbeza daripada maggi biasa sebab maggi nya lebih tebal, besar dan kenyal. 
Bagi korang, pedas tak ramen ini.? Pen Off Thanks for read

2 comments:

norhidana miswan said...

akak pun dh penah rasa....
mule2 mmg rasa membahang ngn air hidung air mata semua kuar

tp style mkn dia ni, kene mkn pelan2 tak blh mkn laju2...
megi nya mmg kenyal n sedap lyn, tak kembang mcm megi yg kt malaysia nih

Syeeda said...

mula try dulu share satu paket ramai-ramai. punya takut pedas tu..hii