Tuesday, December 13, 2016

Ghalit Distro


Assalamualaikum

Semalam kami sekeluarga makan di Ghalit Distro Jalan Kubang Buaya Kuantan sempena nak sambut birthday abang, my birthday and mak. Cantik kafe ini, luar nampak macam rumah saja tapi dalam dekorasi sangat menarik dan membuatkan kita jadi ralit(leka). Mungkin itu kot sebab nama kafe ini dinamakn ghalit (ralit). Pandai pandai saja aku meneka. ^-^ Kafe ini beroperasi bermula pukul 5.30 petang dan kami sampai dalam pukul 5.50 petang dan merupakan pelanggan pertama, sengaja sampai awal sebab kami ramai kan so tak naklah tempoh menunggu lama sangat.


masuk masuk kafe terus nampak dapurnya

di sudut hujung, turut disediakan tandas dan studio apa entah,

menu lebih kepada western food



Bila taip ini rasa tempting pula nak makan semula saja rasa. Dari atas kiri ialah:

1) Mixx Grill = RM 13.50
(chicken grill + lamb grill with fries and coleslaw)

2) Lamb Grill = RM 15
(2 slices grilled lamb with fries and coleslaw)

3) Chicken Chop = RM10
(crispy chicken with fries and coleslaw)

4) Burger Cheese Leleh Pah Betis = RM 10
(beef burger with fries and coleslaw)

Ada juga kami order tapi tak ada dalam gambar iaitu:

5) Gila Gila Lamb Grill = RM 12
(2 slices grilled lamb with fries but no coleslaw)

6) Ghalit Crazee Carbonara = RM 19
(spaghetti with lamb and chicken grill on top)


Sementara menunggu main dish sampai, kami pesan side dishes iaitu:

Nacho Bolo = RM 7
Mushroom Soup w Garlic Bread = RM 6.90
Carrot Juice = RM 4.50

Total = lebih kurang RM160 lebih. 
(Tak tahu actual total sebab tak ada resit. Ada juga minuman yang kami pesan tapi aku tak senaraikan sebab tak tahu harga berapa)


Nacho Bolo

Mushroom Soup w Garlic Bread

Bandung Soda & Carrot Juice

Review kami: 

Makanan biasa biasa saja rasa, ada yang sedap ada yang biasa. Air pon ada yang memuaskan ada yang kurang. Tapi yang paling sedap side dishes iaitu Nacho Bolo dan Mushroom Soup. Lamb grill, chicken chop and burger memang sedap cuma black pepper sauce bagi kami, macam hangit sikit lagipon kami dah diberitahu yang pekerja kurang masa tu so mungkin faktor jugakan kelam kabut nak nak kami pula datang ramai. :) Tapi overall memang sangat kenyang. Boleh tengok media sosial Ghalit Distro di bawah:




Family bonding :)
Have a Nice Day :) Pen Off

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Maria Firdz said...

Terliurtgk..harga pun boleh tahan murah...

norhidana miswan said...

trs rasa lapo lak pagi2 nih....

geram nengok semua menu2 yg ada siap ngn harga lg...
udahla harga pun murah...