Saturday, December 31, 2016

Tokyo Kitchen Citta Mall


Assalamualaikum

Jumaat semalam saja nak mencuba makan makanan Jepun di Tokyo Kitchen Citta Mall. First time makan di sini, biasanya selalu saja lalu tapi tak pernah masuk sebab fikir mahal kot tapi rupanya harga standard saja nak nak pula ada set lunch, so lagi affordable la kan. 




ingatnya apalah yang digantung di sekeliling restoran rupanya macam wishlist la. Unik saja.

Kami dua orang pilih nak makan Chicken Teriyaki Set. Mula mula ingat nak ambil Saba Yakimono Set, tapi waiter kata terpaksa tunggu 13 minit untuk hidangan tu. Saba memang sedap, tapi tak larat nak menunggu ramai sangat customer order yang itu so kami pon ambil chicken saja.




Lunch set memang sentiasa menjadi pilihan kami. Restoran dia cantik, susunan jepun, besar pon besar yang paling best masuk masuk restoran terus rasa macam dekat Jepun sebab dengan sejuk aircondnya, muzik dan bunga sakura semua. Feeling feeling ngantuk saja. Kalau makan makan jepun, memang tak kan order air lain dah sebab lebih suka minum teh hijau jepun since banyak khasiat teh hijau kan.



Green tea

Chicken Teriyaki Set

Kalau masuk restoran Jepun, sangat rugi bila tak rasa cawanmushi, memang sedap rasa macam tauhu susu. Ada certain restoran jepun dia sekalikan cawanmushi dalam set lunch, ada pula yang kena tambah sendiri. Macam Tokyo Kitchen ini cawanmushi exclude from lunch set. Satu lagi best bila masuk restoran jepun, cuba order dessert, dessert memang sedap tapi aku tak order sebab kenyang sangat.


cawanmushi

Disebabkan Japanese Dishes ini rasanya plain, so aku saja minta wasabi. First time rasa wasabi, ya Allah rasa nak meletop saja hidung sebab pedas dia bukan macam biasa. Pedas sampai naik ke hidung dan automatik mata berair. Tapi pedasnya masa makan tu saja dan tak berpanjangan pon. Kalau makan sikit sikit dan gaul dengan nasi bolehla telan lagi. Patutlah orang Jepun dalam drama suka sangat kenakan orang dengan letak wasabi dalam makanan. haha memang berapi lah macam tu..


Wasabi

2 set Chicken Teriyaki Set Yakimono = RM 25.60
Cawanmushi = RM 2.90

10% serv charge = RM 2.85
6% GST = RM 1.88

Total = RM 33.25

meja makan berlatar kan tanglung dan bahagian atas ada hiasan bunga bunga



Tokyo Kitchen punya lighting memang jebat sampai kuning kuning muka ambil gambar dalam ini. 
^-^

Acu & Afaaf
Pen Off. Happy New Year :)

2 comments:

Kuronofu91 said...

perrhhh design kedai sejibik macam Jepun...

Linda said...

Salam Tahun Baru 2017 :)