Tuesday, January 17, 2017

Cendol Durian Seksyen 7


Assalamualaikum

Haritu pergi Shah Alam, member ajak makan cendol dan laksa dekat seksyen 7 berhampiran kilang tamco Shah Alam. Gerai cendol tu tepi jalan bawah pokok sahaja, banyak food truck yang jual tapi yang famousnya kat situ Cendol Durian, Cendol Pulut, Cendol Tapai, Laksa, Mi Kari dan Char Kuey Teow. Kami pergi dalam pukul 5 petang, orang memang ramai. 

Ada satu foodtruck ni memang ramai sangat orang beratur rupanya cendol durian disitu lebih murah dan sedap. Disebabkan ramai sangat beratur kami just makan di foodtruck lain, mahal jugak lah tapi sedap. Best jugak lepak makan makan tepi jalan dengan beranginnya. Kami order Laksa, Cendol Durian dan Cendol biasa.




Laksa : Rm4.5o
Cendol biasa : Rm3
Cendol durian : Rm7


Ini foodtruck yang kami tried

Sedap. Ada 4 ulas durian besar

Cendol biasa

Laksa memang sedap. Serba serbi cukup

Best lepak sini



Memang kenyang sangat, balik rumah malam tu terus tidur kekenyangan. Next time nak try cendol di foodtruck yang orang ramai tu sebab memang murah harganya dan berbaloi.
Pen Off. Thanks for read ☺

5 comments:

Linda said...

Boleh tahan ya byk duriannnyaa....aduhaii teringinnn hihi

Normi Nieza said...

cendol durian best..:)

norhidana miswan said...

menggoda cendol durian tuh... harga pun ok... durian banyak lak tu...
mmg berbaloi2

Anonymous said...

Buka sampai pukul berapa?

acu yuhan said...

Tak pasti. Maybe pkul 8 mlm kot