Monday, January 2, 2017

RECIPES : Muffin Cheesedale


Assalamualaikum

Memandangkan dalam peti ais masih lagi berbaki 4 keping cheesedale so terus tercetusnya idea untuk buat Muffin Cheesedale. Nak lagi sedap better guna cheddar cheese/serbuk keju. ^-^ Resepi sangat senang menggunakan sukatan cawan saja. Nak timbang pon boleh.






Bahan Bahan (6 biji muffin)

125g (1/2 cup) tepung naik sendiri
75g (1/3 cup) minyak masak
75 g (1/3 cup) susu segar
50g( 1/4 cup) gula caster
1 biji telur B
2 keping cheesedale
1/2 sudu teh vanila




Cara Cara

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan 1 keping cheesedale, kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. 1 keping cheesedale lagi koyak kecil dan tabur di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.




Time ni aku buat sekali dengan muffin oren dalam entri ini. Disebabkan aku guna 2 keping cheesedale, tak berapa nak rasa cheese sangat melainkan dekat atas tu rasalah cheesenya, so next time kena lebihkan cheesedale. 





gebu sangat 
Pen Off. Selamat mencuba :)

3 comments:

Normi Nieza said...

rajin dia masak..:)

Sally Samsaiman said...

Fuh! gebu gebas semuanyaaa! sedap sangat nampak! Sally dah lama x baking sbb oven dah rosak :(

Puteri said...

nampak sedaapp :) tapi kalau saya yang bake, mesti tak jadi hahahaha