Sunday, January 1, 2017

RECIPES : Muffin Oren sukatan cawan


Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak share resepi di blog since dah lama tak pegang oven. Last share resepi masa bulan september lalu jadi memandangkan aku habiskan cuti tahun baru di rumah so aku pegang balik oven sebab teringin pula nak makan muffin. Jadi untuk kali ini aku buat Muffin Oren pula dengan taburan cip coklat.






Bahan Bahan (6 biji muffin)

125g (1/2 cup) tepung naik sendiri
75g (1/3 cup) minyak masak
75 g (1/3 cup) susu segar
50g( 1/4 cup) gula caster
1 biji telur B
1 sudu makan oren sunquick
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips/hirisan badam - tabur (optional)




Cara Cara

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan oren sunquick, kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel. Muffin ni kena kurangkan gula sebab oren sunquick pon dah manis.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. Tak payah tabur pun tak apa. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.


SIAP!!!


time ni pon aku buat sekali dengan muffin cheese.



Rasa apa??

Of courselah rasa oren. Nak lagi sedap boleh letak sedikit parutan kulit oren. Kalau guna tepung gandum make sure letak baking soda ye. Nak lagi muffin nampak naik better guna bekas cup cake paper yang keras tu.




Aku buat dua jenis muffin tapi bakar sekali sebab nak penuhkan loyang so dapatlah 6 muffin oren dan 6 muffin keju. Muffin cheese aku akan buat entri lain.

Pen Off. Have a nice new year :)

No comments: