Wednesday, February 8, 2017

Kacang Koh Kae Thailand

Assalamualaikum

Rasanya semua orang dah pernah merasa kacang koh kae siam ni kan, tapi ini first time aku rasa itupun lepas roomate bagitahu kacang ni sedap. Haritu pergi Pasar Payang Terengganu, terjumpa pula kacang ini dijual so aku pun cuba beli 2 jenis perisa iaitu Original and Tom Yam. Satu balang kecil harganya Rm5, kalau balang besar Rm10. Yang best kacang ni sebab banyak perisa antaranya kopi, udang, bbq, ayam, coconut cream dan lain lain. Curious pula macam mana rasa kopi kan.


Original Flavour

Dalam banyak banyak perisa ni aku lebih suka perisa original, sedap wei sekali makan memang tak boleh berhenti. Dia bukan rasa macam kacang biasa, tapi rasa dia ada rasa kelapa dan memang crunchy.


Tom Yum flavour

Tom yam flavour pun sedap jugak memang rasa tom yam betul di kerak luarnya, sekali makan rasa cam twisties.


Wasabi flavour

Dekat Pasar Payang, perisa wasabi tak jual sebab tak laku kat sana. Tapi kat Tesco sini ada jual Wasabi + seaweed flavour. Memang terus grab sebab tak pernah cuba kacang wasabi. Laku juga wasabi flavour kat Tesco, sebab time nak beli tinggal sikit saja perisa ni berbanding yang lain. Bekas ini aku beli harga dalam Rm6 lebih.


Macammana rasanya??

Memang rasa wasabi, pedas gila sampai keluar bahang ke hidung even sebiji kacang pun dah boleh rasa bahangnya. Kacang ni aku beli bulan lepas, masih ada lagi sekarang sebab makan sikit sikit tapi sedap saja. Kacang wasabi ni memang aku letak kat office sebab kalau ngantuk boleh makan kacang ni, confirm terus segar.
Lepas ni nak try kacang lain pulak. ☺

5 comments:

dorsett pink said...

saya suka giler kacang ni dulu. tapi sekrang dah tak suka dah. tak tahu kenapa. maybe sebab bosan kot

norhidana miswan said...

akak pnh try yg kopi, tomyam, ayam n wasabi...
wasabi tuh adik akak beli thn lps, sampai la thn ni tak abis2... tak tahan akak mkn yg wasabi tuh

anak denesor said...

same la..mmg minat giler kacang nih

Nurfaezah Abdullah said...

fae elak mkn kcg selalu. sebab muka ne prone to jerawat huhuhu

Nurfilzahnurfya said...

auch pedasnya rasa wasabi. lelagi bila naik ke hidung. betul betul leh hilangkan ngantok ni hehehe