Monday, February 6, 2017

Klinik Gigi Zahida Seksyen 8

Assalamualaikum

Minggu lepas teman kawan pergi klinik gigi, katanya nak buat scaling gigi. Pagi Sabtu pukul 10 lebih terus pergi Klinik Pergigian Zahida di Seksyen 8, klinik ini terletak di atas restoran dan sebelah klinik Dr Noraini. Sampai sampai ya Allah ramai orang, nak tunggu lama sangat so kami buat appointment dulu dan petang tu kami datang balik. So kalau nak jumpa dr gigi, memang kena buat appointment dulu.


Suasana bahagian depan

Petang tu kami sampai sebab appointment pukul 6 petang, itupun tetap ramai orang tapi oklah sikit, at least dapatlah ambil gambar suasana klinik ni. Nampak dari luar biasa saja, tapi bila masuk macam spa rupanya cantik dan cozy. 


Bahagian depan pun cantik, bila pergi bahagian belakang lagilah cantik. Memang tak rasa dekat klinik gigi pun sebab khusyuk menunggu sampai boleh tersengguk sambil melayani WiFi Free.




Laluan tengah


Buai dan game pun provided

Agak lama juga menunggu turn tapi tak rasa lama sangat sebab aku asyik tengok Troll dari mula sampai akhir. Kiranya dalam sejam lebih juga duk sana tapi rasa sekejap saja. Kawan aku buat scaling pun sekejap saja, harga scaling dalam range Rm85-150. 

Staf kat sana pun nice dan friendly, maklumlah first time datang memang banyak tanya, tapi layan baik saja kami. 


Best wei troll ni.. Layan je
Jangan lupa jumpa dr gigi dua kali setahun ye ☺

1 comment:

Liyana Anuar said...

cntiknya design klinik tu ...menarik