Saturday, February 18, 2017

Koleksi Buku Kegemaran III

Assalamualaikum

Membaca antara hobi yang aku minat tapi dah lama dah tak sempat nak buka buku. So azam tahun baru memang dah azam nak baca buku time weekend, sebab tak nak dah keluar time weekend. Fikir nak berehat saja kat rumah. So ini antara buku yang aku dah baca dan tengah baca untuk tahun ni.




# SEMUSIM DI BARZAKH

Bagi aku buku ni memang patut dibaca untuk makanan rohani kita supaya hati kita tak hitam. Bila baca buku ini dengan menghayati setiap bait perkataan, akan membuatkan air mata menitis tanpa sedar kerana takutnya seksaan di akhirat kelak. Cerita ini tentang seorang lelaki yang sesat dalam dunianya tapi dalam masa yang sama Allah berikan hidayah kepadanya dengan cara dia jatuh dan koma selama 3 bulan, sepanjang koma memang dia diberi peluang untuk merasa secebis pengalaman di barzakh.


# TOUGH CALLS FROM THE CORNER OFFICE

Buku ini diberi oleh supervisor aku sebelum dia berpindah ke tempat kerja baru. Buku ini katanya antara buku yang dia gemar dan buku ini juga diberi oleh mentor dia. Salah satu sebab dia bagi buku ini untuk aku lebih bersedia dengan cara handle masalah dan cara membuat keputusan disamping untuk memperbaiki english aku. Buku ini mempunyai banyak cerita dan tips yang dikongsikan oleh ceo company luar negara yang berpengaruh seperti Ford, dan lain lain. Buku ini lebih kepada dunia korporat dan sampai sekarang aku masih struggle untuk habiskan bacaan. Agak mencabar juga penulisannya since ini buku oversea tapi menarik ceritanya.


# MURAKAMI

Colorless Tsukuru Tazaki ini aku dapat daripada kawan aku sempena gift exchange, kebetulan aku memang suka membaca dan kami tukar tukar hadiah antara colleagues sempena Christmas dan dapat pula ke aku hadiah berupa buku ini. Buku ini antara salah satu favourite book kawanku. Murakami ini ada banyak siri dan berkisarkan mengenai kehidupan Tsukuri Tazaki dan kawan kawannya dan konflik disebalik persahabatan mereka 5 orang. Punca konflik merekan berlarutan selama berbelas tahun dan akhirnya terjawab apabila Tsukuri membawa diri ke Finland. Honestly cerita ini mula mula memang bosan dan imagination tapi bila dah masuk part konflik, itu yang best. Hah ye dan cerita ini based on true story.


# APOKALIPS

Cerita ini rasanya ramai yang dah bacakan tapi aku baru saja baca. Nak dibandingkan dengan Diagnosis dan Diagnosis 2 aku rasa siri kali ini paling menarik dan menyentuh hati berkisarkan pengalaman doktor doktor yang diarahkan untuk berkhidmat di klinik/hospital di Terengganu, Kelantan dan Pahang disebabkan tragedi banjir besar yang berlaku pada akhir 2014 yang merupakan banjir terburuk yang pernah melanda Malaysia. Pelbagai cabaran dan rintangan yang harus dilakukan oleh kakitangan perubatan demi menyelamatkan mangsa banjir. Ada juga part yang aku menitis air mata bila seorang ayah sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya yang dibawa arus sungai.
Ok pen off. Have a nice weekend ☺

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

menarik buku-buku ni nampaknya...selamat membaca!

Raihana Abdul Aziz said...

boleh cuba jugak nak cr ni..terima kasih sebab share 😊

Nurfaezah Abdullah said...

dah pencen jadi bookworm hehe