Monday, February 6, 2017

Laksa Goreng Subang, Well Cook Gourmet

Assalamualaikum

Dah lama dah aku dengar officemates dok kata pasal laksa goreng kat Subang. Bila dah selalu dengar mestilah ada perasaan nak cuba kan. Lepas tu bila tanya apa nama restoran laksa goreng tu, dorang tak ingat pula nama apa sebab selama ini dorang just panggil laksa goreng subang. Haha peliklah dah makan, tapi tak pandang signboard restoran. Google punya google rupanya nama dia Well Cook Gourmet, patutlah dorang tak ingat nama rupanya nama restoran agak susah nak sebut, hee takpa yang penting hidangan sedap.




Restoran ini buka setiap hari kecuali isnin, beroperasi dari 12 tengahari sampai 8.30 malam. Time kami pergi dalam pukul 8 jugak, memang ramai orang. Signature makanan yang famous di sini Laksa Goreng dan Popiah. Tapi time kami pergi popiah dah habis.


Menu

So, kami order Laksa Goreng dua, sepinggan berharga Rm8. Dalam 10 minit jugak menunggu, sebab customer ramai. Pelayan pun baik dan nice saja. Ini first time makan laksa versi goreng. Sedap jugak rasa macam makan Char Kuey Teow dengan udang 2 ekor. Patutlah pelanggan tak henti henti, rupanya sedap.





Pen off. Thanks for Read ☺

1 comment:

dorsett pink said...

mcm sedap. kene try ni