Saturday, February 4, 2017

Pengalaman Interview XII (KL ke Putrajaya ke Banting)

Assalamualaikum

Tahun lepas bulan disember aku dapat panggilan interview untuk position HR Executives di salah satu company perindustrian di Banting. Temuduga ni aku dapat sebab aku pergi career fair, drop resume dan dari situlah aku dapat call. First time dengar Banting, rasa macam ragu ragu nak pergi yelah sebab aku tak pernah ke sana dan jauh pula tu, tapi bila fikir balik apa kata aku cuba. Temuduga pada sesi petang, tapi pagi pagi aku dah keluar rumah sebab maklumlah naik public transport kan lama nak kena tunggu bas sampai berjam berjam. 


KL ke Putrajaya Sentral

Perjalanan aku bermula dari rumah, aku naik bas ke stesen LRT Lembah Subang, then terus naik tren ke LRT Pasar Seni. Dari LRT Pasar Seni aku kena berjalan sedikit sampai ke stesen bas Nadi Putra depan Mydin Mall, area McD sebab nak naik bas NADI PUTRA nombor 501 warna hijau kebiruan, bas itu memang menuju ke Putrajaya Sentral. Tambang RM3 sahaja. Sejam juga perjalanan dari KL ke Putrajaya, aku siap tersengguk sengguk lagi. Dulu RapidKL ada bas ke Putrajaya tapi sekarang dah diambil alih oleh NADI PUTRA. 

@

Nak lagi mudah senang saja, naik LRT ke KL Sentral, lepas tu naik ERL ke Putrajaya Sentral. Tambang RM14. Dalam 20 minit saja perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya. Nampak tak punya berbeza kadar tambang, 6 kali ganda lebih mahal dari bas, tapi lebih efficient dan selamat kan. Inipon first time naik ERL, lalu jugak dan paling best orang tak ramai pon. Rupanya ERL tak guna TouchNgo, dia ada kad dia sendiri.


tiket dari KL sentral ke Putrajaya

Putrajaya Sentral ke Banting


Dah sampai Putrajaya Sentral, aku tunggu bas ke Banting pula. Bas ke Banting hanya ada satu sahaja, lambat juga menunggu bas tu. Yelah aku sampai Putrajaya Sentral pukul 1.30  tapi aku naik bas pukul 2.45 petang. Terpaksalah aku call person in charge tu bagitahu aku lewat sedikit sebab sesi temuduga pukul 3 petang. Bas ke Banting Bas Cityliner warna putih kelabu, tambang ke Banting RM4. 45 minit juga perjalanan ke tempat temuduga aku tu.

@

Nak lebih cepat, ambil saja Grabcar, tapi jangan lupa install dulu apps dalam phone. Percayalah GrabCar sangattttttttt penting terutamanya orang yang memang guna public macam aku sebab at least kalau bas/teksi tak ada, GrabCar kan ada. Tambang dari Putrajaya ke Banting RM26. Oklah berbanding naik teksi. Aku sampai tempat temuduga dalam pukul 3.30 juga, apalah calon hari first temuduga pon lambat, patutlah tak dapat.


tiket bas dari putrajaya ke banting

Aku sebenarnya nak share pengalaman temuduga aku, tapi aku rasa macam tak ada apa sangat soalan yang ditanya sebab common questions saja semua. Time nak balik dah selesai semula, aku ambil GrabCar ke Putrajaya Sentral, tapi banyak kali aku cuba GrabCar tapi tak ramai pemandu Grab dekat area Banting, maklumlah bukan main area kan, Dalam 5 kali juga aku try search drebar akhirnya jumpa juga seorang. Sembang punya sembang dengan drebar tu rupanya kawasan situ memang tak banyak, kalau ada pon memang nasib baik sebab mungkin kebetulan drebar on the way nak ke KLIA sebab Banting agak dekat dengan KLIA.


Moga penulisan aku ni menjadi panduan untuk sesiapa yang plan nak ke Banting atau Putrajaya. Sebab sebelum ni pon, aku buat reserched dan Alhamdulillah banyak membantu, kalau tak pun tanya saja orang sebab takut nanti sesat. Memang penat gila seharian berjalan dari pagi ke petang, tapi best sebab dapat belajar tempat baru.
Pen Off. Thanks for Read :)

1 comment:

emalin mohd said...

Agak sukar juga ke Banting dengan public transport. Kenapa tak guna Grab Car / Uber masa nak datang interview?