Saturday, February 4, 2017

Pengalaman Interview XIII


Assalamualaikum


Haritu dapat panggilan untuk temuduga di SKMM bagi position Assistant Executive Talent Management. Sepatutnya temuduga lepas raya Cina, tapi aku memang tak dapat nak attend sebab ada kerja kena siapkan dulu. Time tu memang tawakal sebab mana boleh reschedule interview lagi, tapi tiba tiba staff tu call lagi untuk temuduga semula, so kali ini memang tak nak lepaskan peluang la kan. So pergilah aku ke Cyberjaya, first time aku pergi area sana. Baru tahu rupanya SKMM banyak bangunan masa pergi tu dah salah bangunan, rupanya bangunan Tower 1, nasib baik tak jauh sangat.




Time aku pergi ada 2 orang lagi candidate lain dan aku merupakan candidate yang terakhir untuk temuduga. Sebelum face to face interview, ada assessment untuk Microsoft Word and Microsof Excel. 


Word Assessment

Setiap calon diberi masa 8 minit untuk setiap assessment. Assessment ini untuk menguji tahap kemahiran kita menggunakan word. Senang saja assessment cuma taip sahaja seperti dalam kertas kemudian baca arahan yang diberi. Senang kata kita kena settingkan penulisan kita tu seperti yang diminta. Memang kena tahu setiap function word tu. 

Contoh arahan : Tukar kepada layout portrait / font size / margin setting / spacing 


Excel Assessment

Lepas habis word, terus kena buat excel assessment. Calon diberi 8 minit juga untuk menyiapkan tugasan. Excel assessment lebih kepada calculation, salin semula table yang diberi then baca arahan.

Contoh arahan : Merge cell / calculation (sum) / highlight the highest total / alignment setting


Alhamdulillah untuk kedua dua assessment ini aku berjaya siapkan sepenuhnya, tapi tak tahulah betul ke tidak. Boleh katakana memang kena mahir guna kedua dua Microsoft ini, risau juga excel nasib baiklah dia tak suruh buat pivort table semua. Tak cekap sangatlah excel ni, banyak lagi aku kena belajar semua functionnya.


Face to Face Interview

Panel interview ada 3 orang. Soalan lebih kepada common questions antaranya:


1) Tell me about yourself

2) What do you do in Talent Management

3) Are you okay to learn something different from Talent Management?

4) What is the process of recruitment?

Yang ini aku blur, aku tak berapa tahu sangat prosesnya sebab aku expect jawatan ini Talent Management tak terlibat dengan Recruitment Process, rupanya ada kaitan.

5) From 1 to 10, what is your scale in Microsoft Office (word, excel, powerpoint)

6) What do you love about your current job?

7) Are you willing to work in the weekend?


Aku pergi Cyberjaya naik ERL dari KL Sentral ke Putrajaya/Cyberjaya, tambang dalam RM14. Dari Putrajaya Sentral ke MCMC Tower 1 aku naik GrabCar, tambang dalam RM9 sahaja.
OK Thanks for Read. Pen Off :) Wish me luch ye

3 comments:

Syazwani Mazlan said...

wah..rajin awak mencuba mcm2 iv... good luck ye.. saya pun nak mencari juga , sbab dh kwen ni, nk dkt2 dgn rmh huhu

Fieyqa Adelova said...

wahhh fieyqa pun tak mahir sangat excel, kena belajar lagi banyak hihi good luck acu ! <3

dorsett pink said...

good luck