Sunday, February 19, 2017

SuTah, Yukgaejang & Kimchi Ramen

Assalamualaikum

Secara peribadinya, aku bukan jenis yang suka makan maggi dan memang bukan jenis yang beli maggi. Walaupun tak ada makanan tengah lapar ke aku sanggup makan benda lain. Mungkin sebab dah diajar macam tu tapi ada masa kalau aku teringin nak makan, aku akan beli jugak. Tapi sejak ada ramen dari Korea, aku turut kalah sebab pengaruh drama korea terus rasa nak cuba. ^-^

Haritu pergi Tesco ada nampak ramen korea ini dijual satu satu bukan sepaket banyak. Satu tu dalam Rm3 lebih terus grab 3 perisa sebab nak cuba, so kat sini aku nak share rasanya berdasarkan tekak aku..


# SU TAH RAMEN


Mula mula macam tak nak beli su tah ramen ini sebab tak pernah dengar tapi bila nampak kat packaging ada tulis Chew Chewy, terus rasa nak ambil. Memang tak menyesal ambil sebab dalam tiga tiga ramen yang aku cuba, Ramen Su Tah yang paling sedap sekali sebab pedas sangat even aku letak cili api pun terus buang cili. Sedap tau su tah ni, ramen dia pun tak kembang macam maggi kita dan memang kenyal berbanding ramen lain. Rempah pun rasa dan sedap.


# KIMCHI RAMEN


Ceh dengar ramen kimchi rasa macam kena try saja kan. Aku punya semangat nak makan ramen kimchi ni tapi bila rasa, hampehnya lah rasa tak macam kita bayangkan. Tak tau lah celah mana rasa kimchi. Rasa ramen ini memang tak pedas langsung sampaikan aku kena taruk cili baru boleh makan. Ada rasa masam masam kimchi, tapi memang tak kenalah dengan tekak aku. Bila makan kimchi yang memang kimchi tu sedap jugalah dari ramen kimchi.


# YUKGAEJANG RAMEN


Ramen Yukgaejang ini sedap bagi aku rempahnya ada rasa beef sikit dan memang pedas. Kadang kadang bila makan ada rasa macam maggi kari sikit tapi yukgaejang lagi sedaplah. Tapi yang paling best bila makan ramen korea ini adalah portion dia lagi banyak dari maggi kita kan.
Thanks for Read. Pen off ☺

3 comments:

luqman zakaria said...

nak kena try jugak nih! hehe..terliur plak tengok..hehe

ejulz said...

wow. terliur tgk.. hehe

norhidana miswan said...

waaaaaa ni yg bt akak mcm nk menterai jgk nih...

sbb nyer asik telan ramen yg viral tu je, jns yg kering nk terai gk yg berkuah2 nih