Tuesday, February 28, 2017

TAO Sunway Giza


Assalamualaikum

Selasa lepas kami ada event di Pwtc dan selama dua minggu sebelum event tu memang kami berhempas pulas untuk laksanakan program tu. Alhamdulillah event tu berjalan dengan lancar dan macam biasa lepas program memang akan ada makan makan dengan komiti, so dorang decided nak makan di Tao Japanese buffet. Aku memang tak pernah dengar tempat tu dan rupanya Tao ni lebih kepada Asian Buffet, sekepala Rm78 dan makanlah puas puas. Agak pricey tapi memang berbaloi, makanan sedap fresh dan rasa nak makan lagi sekarang ni.


Menu

Ini antara makanan yang aku sempat snap gambar, makanan yang paling aku suka semua tak sempat amik gambar, dah masuk mulut dulu.


Prawn and Spicy Lamb

Tip kalau nak makan sini yang pertama kena ambil menu yang mahal dan tak pernah makan, better ambil seafood. Makanan berat jangan order lagi sebab takut cepat kenyang. Antara menu yang aku suka adalah bawah ni scallop and oyster. Oyster sedap sangat memang creamy dan besar pula oyster nya.

Smoked duck and abalone pun sedap. First time makan abalone, sangat fresh abalone nya. Biasa tengok Korean suka makan, akhirnya aku dapat juga makan.


Scallop and Oyster Cheese Mayo

Kami start makan pukul 8.30 malam sampai 11 malam, cuba bayangkan berapa banyak kami makan sebab berbaloi. Bila perut kenyang sikit kami pergi jalan jalan kat area restoran then masuk balik makan lagi. Yang paling best walaupun buffet, kita dilayan dan dihidangkan dengan menu tanpa perlu bangun. Kami cuma bangun bila nak makan dessert saja.


Beef bacon cheese and Grilled Beef

Bila dah makan menu yang macam creamy, tiba tiba tekak aku nak makan makanan melayu so aku order spicy clamp and ayam celup tepung. Sedap clamp tu, tapi tak pedas sangat pun oklah.


Spicy Clamp and Chicken Cheese

Edamame Japanese Beans inipun first time aku rasa, lembut saja kacangnya.


Squid and Edamame

Chicken Herbal Soup and Chawanmushi

Lepas tu tengok menu lagi rasa nak makan sup panas pula, so aku pesan Chicken Herbal Soup, sedap rupanya rasa macam mushroom soup tapi ada rasa pahit herba chinese sikit. Sushi kami makan last sekali sebab sushi kan nasi, so takut kenyang sangat.

Dessert dia pun sedap menarik antaranya variety of icecream flavour, chocolate sauce, laici kang pun ada dan variety of cake seperti cream puff, tart dan lain lain.


Sushi


Aku sangat impress dengan seorang supervisor di situ, bila kami order macam macam, dia boleh ingat semuanya tanpa ada kertas dan pen di tangan dia dan kadang kadang dia pulak yang ingatkan kita order apa. Ingatan kuat wei mungkin banyak makan makanan segar setiap hari.


Unexpected birthday haha

Then bos aku ni dia suka nak kenakan kami dan dia pun kata kat supervisor tu yang malam tu birthday aku, haha padahal birthday aku dah dua bulan lepas. So demi tak hampakan kami orang, si supervisor pun cakap dia akan buat something special untuk "birthday" aku. Lama juga kami menanti surprise apa, tiba tiba satu restoran dikejutkan dengan lagu happy birthday dan muncullah si supervisor tu bersama kek aiskrim dengan lilin sekali.

Ceh rupanya kek aiskrim yang dia buat special katanya diambil daripada dessert dessert yang memang lebih. Yelah since kami merupakan customer last so better habiskan, itupun kami balik pun sebab diminta untuk balik, restoran dah nak tutup.


Birthday tiba tiba

Kenyang gila malam tu tapi terpaksa juga habiskan kek aiskrim my birthday tu yelah sian pulak si supervisor tu bila nampak aiskrim yang dia hias tu tak habis. Entahlah tiba tiba birthday jatuh bulan februari pula, i was born twice kot. 😜😜

Tapi memang terbaik la layanan waiter waiter disana, servis dan makanan memang tiptop. Erm kalau bukan bos belanja tak adanya aku tahu kewujudan Tao ni. Hee
Bagi aku worth it lah untuk try sekali. Memang sedap 👍👍

2 comments:

emalin mohd said...

Wah macam best je tu. Buffet tapi bukan stail biffet ye..

Shaidatul Aireen said...

banyaknya makanan! elsa dah lah food hunter hahahaha