Thursday, March 2, 2017

Aoki-Tei Sunway Nexis


Assalamualaikum

Tadi lunch bos ajak makan di Aoki Tei Japanese Buffet di Sunway Nexis. Sunway Nexis ni berdekatan dengan Sunway Giza yang kami makan Tao minggu lepas. Affordable harganya sebab boleh makan macam macam tapi agak rushing juga makan sebab waktu lunch kan. Kalau after working hours, mungkin lebih santai dan relax. 

Lunch buffet : Rm58 sekepala
Dinner buffet : Rm78 sekepala


Menu

Unagi uramaki

Aoki tei ini tak banyak sangat pilihan makanan berbanding Tao, tapi tetap sedap. First menu kami malan uramaki belut dan ketam, terus dah rasa kenyang nasi. 


Shell crab uramaki

Kemudian kami makan sashimi, sedap sangat dan aku pun tak sangka yang aku boleh telan raw food, memang fresh. Paling sedap butterfish, salmon dan octopus dicicah pula dengan wasabi bersama soy sauce.


Sashimi

Grilled salmon

Banyak lagi makanan lagi sedap kami dah makan tapi tak dan nak snap sebab sedap sangat semua tak sabar nak makan. Macam biasa datang restoran jepun memang akan pesan japanese beans dan steamed egg.


Edamame

Chawanmushi

Dalam banyak banyak restoran jepun yang pernah pergi, chawanmushi Aoki Tei paling sedap sekali.


Sushi

Lepas dah banyak makan sashimi tiba tiba rasa mual, so kami pesan orange juice dan dessert matcha aiskrim, coklat dan vanila. Ada juga wasabi aiskrim, tapi tetap rasa pedasnya haha. Sedap sangat green tea aiskrim dimakan pula dengan kacang merah tu.


Vanilla and matcha icecream with red beans

Nice ambiances nye
Pen off. Have a nice day ☺

No comments: