Friday, March 31, 2017

Biskut Gery Salut Malkist Cheese, Coklat & Kelapa


Assalamualaikum

Famous betul Biskut Gery Salut Malkist di mana mana kan, even dah viral and belambak orang jual online. Aku pun tahu biskut ni dari ofismate dan rupanya rupanya dah ada terjual di sundry tempat kerja kami. Biskut ini daripada Indonesia dan terdapat 3 perisa iaitu cheese, chocolate and coconut. Semua sedap aku rasa nak nak kalau letak dalam peti ais dan makan sejuk sejuk. 

COKLAT



Perisa coklat bagi aku rasa macam biskut coklat biasa yang lain sebab dah banyak biskut coklat kan.


CHEESE



Yang paling famous mestilah perisa keju, sedap jugak.


COCONUT



Aku paling suka perisa kelapa sebab sedap ada rasa vanila dan kelapa sikit. Antara perisa yang baru sebab dulu tak ada jual lagi kelapa kat kedai bawah.


Biskut ini biskut gula biasa saja tapi belakang biskut tu disaluti perisa, tu yang sedap tu. Kat kedai ofis dijual Rm5 setiap satu. Kalau kat Mydin lagi murah Rm3.6o saja, ada juga yang jual Rm6 kan.
Thanks for read. Pen off ☺

1 comment: