Sunday, March 12, 2017

Krim Kuantan


Assalamualaikum

Bunga bunga hati bila dapat balik rumah minggu ni sebab dah lama sangat tak balik, last balik masa akhir disember tahun lepas. Memang membuak buak nak balik tapi asal Jumaat saja mesti ada hal, so memang kena plan lain. So mingu ni nak tak nak memang nekad nak balik dan Alhamdulillah dapat juga balik sebab malas nak balik minggu depan confirm jammed cuti sekolah. Weekend ni habiskan masa dengan family dan keluar pergi makan di KRIM by Kula Cakes di Jalan Beserah berhadapan dengan Sultan Abu Bakar School. KRIM ini under Kula Cakes yang aku pernah review di entri ini. Kalau Kula Cakes lebih kepada kek, KRIM ini pula lebih kepada aiskrim, waffle, brownies, smoothies dan desserts yang lain.




Krim By Kula Cakes 
B-272, Jln Beserah, Kuantan.
Tues-Sun: 12.30-10pm 
Fri: 3.30-11pm
Mondays: close




sudut makan di dalam

sudut makan di luar

KRIM ini memang ramai orang datang, kami sampai tepat 12.30 tengah hari, itupon orang dah mula ramai datang. Kalau beli asikrim, topping boleh pilih dan ambil sendiri, free saja letaklah banyak mana antaranya peanuts, caramel cornflakes, rainbow, chocolate rice and coconut. Kalau makan kat KRIM, better minum mineral water saja sebab desserts kan manis. 


topping free.. 



Disebabkan aku agak lapar, so aku beli waffle + red velvet icecream, waffle lembut sangat dan sedap. Kakak kakak aku pilih aiskrim caramel dan chocolate pon sedap dan banyak satu cup tu. Aiskrim banyak perisa pelik yang sedap antaranya kuih bakar, bandung raspberry, gula nipah, cookies cream, latte, dan mango cheesecake.


Aiskrims sedap sangat.

Waffles + Red velvet icecream = RM 12.90
Chocolate Kow Kow = RM 6.90
Salted Caramel = RM 6.90
Air Asam Limau = RM 3.50

Total = RM 30.20
If you guys happen to be at Kuantan, dont forget to drop by Krim yea!! :)

3 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

best mkn aiskrim time cuaca pns eheh

btw anda ditag:

http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2017/03/segmen-bloglist-april-2017.html

norhidana miswan said...

pagi2 dh nampak sekerim sedap... udahla opis akak pns takde ekon, nmpak sekerim eh sedapnya kalau dpt mkn

Fieyqa Adelova said...

sedapnya ya ampun hahahaha rasa nak jilat skrin :p