Monday, March 13, 2017

Pemeriksaan Gigi di UiTM Sungai Buloh


Assalamualaikum

Last dapatkan rawatan gigi rasanya tahun 2013 dulu itupon sebab kena cabut gigi belakang zaman UTM dulu. Disebabkan gigi dah lama tak servis, so aku memang tengah cari masa nak buat dental check up maklumlah gigi kan kena check paling kurang 2 kali setahun. Nak dijadikan cerita, officemate aku ini pon sakit gigi dan kami plan nak pergi klinik kerajaan, so research punya research kami pun decided nak pergi dapatkan rawatan di Fakulti Pergigian UiTM Sungai Buloh, gigih tau ambil half day pergi ke sana. Kami bertolak pukul 7 pagi dan sampai dalam 8 lebih juga, kami naik KTM ke Sungai Buloh then ambil GrabCar ke UiTM, tambang dalam RM8 sahaja. Mula mula pendaftaran kena bayar RM2, then terus pergi ke Klinik Sapphire bagi yang datang pertama kali untuk screening gigi. 




Tak lama pun tunggu, tiba tiba ada student panggil nama aku dan bawa aku untuk pemeriksaan gigi di Aras 1. Aras 1 ni masuk masuk bilik memang merupakan tempat student buat pemeriksaan gigi. Mula mula kita akan ditanya tentang cara kita jaga gigi contohnya:


Berapa kali berus gigi dalam sehari?
Ubat gigi apa?
Mouthwash apa?
Berus gigi jenis soft/medium/hard?
Bila last dapatkan rawatan gigi?
Sejarah kesihatan keluarga?
Guna floss tak?
Minum air tapis tak?
Kerja apa dan dimana?


Lepas ditanya soalan, student tu akan periksa gigi kita. Lepas dia periksa, student itu akan present depan Doktor gigi (lecturer) dan Dr gigi akan recheck balik gigi kita dan dia akan suggest apa yang perlu buat kat gigi aku. So macam kes aku, aku kena scaling gigi dan tampal 4 batang gigi. Dah lama tak servis gigi kan, memang banyak masalah la. Mula mula scaling gigi, buang semua kaviti dan karang gigi dicelah gigi, memang nyilu dan sakit juga sikit, berdarah darah. Lepas scaling, dia akan bawak kita untuk X Ray gigi belakang saja, first time aku X Ray gigi just gigit alat tu saja.


Lepas scaling, aku kena tampal gigi tapi disebabkan aku ambil half day dan takut tak sempat, student itupon suggest kan aku tampal 2 gigi bawah dulu, yang lain akan buat next appointment nanti. So aku pon oklah, nasib baik tampal gigi sekarang ni dah guna simen yang putih dah tak hitam macam dulu kan. Lepas tampal gigi, student tu suggestkan aku untuk buat Dental Bridge since satu gigi geraham aku kena cabut dan lopong kat belakang tu. So student tu recommend kat aku untuk Dental Bridge at least taklah berlubang. 


contoh dental bridge

Aku pun refused tak nak buat sebab aku baru first time dengar rawatan gigi tu dan lagipon rasanya tak perlu lagi sebab tak nampak pun kat belakang. Satu lagi bila aku researched pasal dental bridge ini, banyak juga keburukan dia antaranya gigi mudah reput. Dental bridge ini contoh kat gambar atas, dia akan pakaikan sarung gigi (simen) dan akan bergantung disebelah gigi yang lopong tu, so gigi bersebelahan tu akan dikecikkan saiz untuk sarung crown tu. Macam gigi palsu, tapi yang ini fized dan tak boleh ditanggalkan, tak perlu pembedahan pon. Harga dekat situ dalam RM75, klinik swasta lain mungkin lagi mahal.


Next appointment untuk tampal gigi, student tu akan contact kita dalam masa 6 bulan. Bagi yang nak buat braces pon boleh tapi waiting list dalam 2 tahun jugak. Lama juga student tu periksa aku almost 2 jam juga, maklumlah their assignments kan. Tapi oklah tempat ini, student itupon tak penat melayan aku yang banyak tanya soalan macam macam dan sentiasa senyum. Rawatan pergigian di sini pon FREE saja kecuali yang melibatkan pembedahan, braces, dental bridge dan lain lain, boleh refer di sini.
Pen Off. Thanks for Read :)

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

OO BOLEH GAK PG UITM EK

Fieyqa Adelova said...

bagusnya kalau dapat buat macam ni dua kali setahun macam yg disarankan. tp selalunya org ambil ringan je pasal gigi. hahaha. fiqa pun jumpa doktor gigi masa ada appointment je XD

Anonymous said...

nak tanya kat situ boleh pasang braces ke? tau tak kos dia berapa?

Siti Fatihah Ismail said...

Hai nak tnye. Sakit x scaling dorg buat? Takut la plak. Nextweek appointment kt sana😅

acu yuhan said...

boleh pasang braces, tapi long queue lah.. tak sure berapa harga.. scaling kalau after buat memang akan berdarah gigi. tapi depends pada student praktikal yang buat ada yang kasar, ada yang lembut.. sakit juga, nyilu nyilu..