Friday, March 17, 2017

SALE-ABRATION Traveloka


Assalamualaikum

Dalam kepala ini memang dah berkira kira nak pergi bercuti, banyak kali juga google mengenai pakej pelancongan terbaik sehinggalah terdetik nak research pasal Traveloka. Jujurnya, aku tak pernah guna Traveloka tapi bila aku study pasal Traveloka terus rasa nak tahu lebih lanjut tambah tambah lagi bila dapat tahu Traveloka ada buat sale iaitu Sale Abration, terus terlintas nak cuba.



Jap, sebelum tu korang familiar tak dengan TRAVELOKA??


Bagi siapa yang tak tahu Traveloka ini ialah laman web yang membolehkan kita untuk merancang percutian kita sama ada dalam atau luar Negara. Daripada proses nak beli tiket penerbangan sehinggalah pencarian tempat tinggal semuanya boleh dilakukan hanya sekelip mata dengan menggunakan laman web Traveloka. 

Boleh dikatakan Traveloka ini akan buat perbandingan harga harga penerbangan dan juga perbandingan harga tempat tinggal untuk memudahkan kita mendapatkan percutian yang rapi. Kat sini aku nak bagi penjelasan kenapa korang kena guna Traveloka dalam merancang percutian idaman anda.





1) Sale Abration (Tempah dari 10 Mac-31 Mac 2017)

Sebab pertama kena book dengan Traveloka ialah Traveloka menawarkan campaign terbaru mereka iaitu Sale Abration yang hanya berlangsung bulan MAC ini sahaja. Cuba bayangkan Traveloka dahla memang murah, lepas tu ada sale lagi, lagilah murah harga yang ditawarkan, memang boleh rambang mata dalam membuat pilihan tau antaranya tawaran:

Tawaran Luarbiasa Penerbangan :

Anda boleh berjimat dalam pengangkutan dengan harga tiket serendah RM39 sahaja ke Jakarta, Ho Chi Min, Bnagkok dan lain lain, gila murah kalau tiket bas pon tak adalah murah macam ni kan. Aku pun prefer kalau pergi tempat jauh contoh Penang naik flight berbanding bas lagipon harga tak beza sangat dan yang paling penting tempoh perjalanan sangat singkat bila naik flight kan. Bila kita sampai awal, kita boleh plan banyak aktiviti untuk percutian kita. Tak cukup murah lagi?? Kalau nak diskaun lagi, yang penting jangan lupa guna kod baucar DEALFLY yang bolehkan dapat diskaun 8% (worth RM40 wei).

Tawaran Luarbiasa Penginapan:

Kalau dah penerbangan ada diskaun, semestinya penginapan pon ada juga diskaun ye diskaun sehingga 79% ke mana mana hotel di Penang, Melaka even di luar Negara. Sama juga anda perlu gunakan kod kupon DEALSTAY untuk tawaran diskaun 15%. 24/7 khidmat pelanggan.


2) 24/7 Khidmat Pelanggan

Bagi aku khidmat pelanggan memang sangat penting terutamanya bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan Traveloka. Maklumlah pelanggan kan banyak soalan yang nak ditanya dari seremeh remeh sehinggalah sebesar besar masalah, jangan risau bila bila masa boleh emel, telefon saja khidmat pelanggan mereka.


3) Online Booking yang selamat

Dengan banyak kes negative, memang menakutkan kita juga nak tempah online kan lagi lagi kalau big amount, tapi jangan risau Traveloka ini memang mempunyai sistem tempahan yang selamat dimana keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Korang akan terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel anda.


4) Tiada Caj Tersembunyi

Ini yang paling penting bagi aku sebab kadang kadang kita tengok harga lain, tapi bila dah nak bayar harga bertambah pula kan. Tapi dengan Traveloka apa yang korang Nampak, itulah yang korang bayar.




5) Traveloka App

Malas nak buka computer untuk booking?? Sekarang tak perlu lagi buka laptop semata mata untuk booking kerana sekarang ini semuanya dihujung jari anda hanya install aplikasi Traveloka dalam telefon pintar. Bukan setakat mudah, tapi bila book by App ni, korang akan dapat lagi banyak diskaun sebanyak 10%. 

Antara kemudahan guna Traveloka app ini ialah:

· Semua promo dalam satu halaman - Anda tidak boleh ketinggalan apa-apa diskaun penerbangan & hotel berterusan!

· Dapatkan tiket anda dalam masa kurang daripada satu minit - Alami ciri premium ini untuk log masuk pengguna hanya dalam aplikasi

· Tiket Paperless - Menguruskan tempahan penerbangan dan hotel anda secara langsung di telefon bimbit anda

· Pelbagai pilihan syarikat penerbangan dan hotel - Cari pelbagai tiket penerbangan tambang murah dan tawaran hotel yang menakjubkan



Bagi aku, Traveloka sangat membantu dan berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin merancang percutian bajet anda bersama tersayang. Travel kini hanya satu klik sahaja dengan ini pameran pelancongan mudah dan mudah. 
Jangan lepaskan peluang yang berharga ini yang terbaik dalam hidup anda!

No comments: