Wednesday, March 15, 2017

Sambal Tumis Sotong


Assalamualaikum

Weekend lepas sebelum balik selangor, macam biasa mak akan masak untuk aku bawak bekal. So tengahari tu belajar buat sambil tumis sotong, sebab dah lama tak makan sotong.




Bahan bahan (5 orang makan)

5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar
Sotong (ikut suka)
Air asam jawa




Cara Cara:

Panaskan minyak, Masukkan 5 sudu besar cili kisar, tumis sehingga pecah minyak.

Dalam kuali lain, masak sotong atas kuali kosong. Nanti sotong tu akan keluarkan air dia, air sotong tula yang kita nak bubuh dalam sambal tumis tadi. Masak sekejap je sotong tu. 
Boleh saja masukkan sotong terus dalam sambal tumis, tapi takut sotong keras masak lama sangat.

Bila sambal dah nak pecah minyak, masukkan 2 sudu besar gula dan sesuku garam. Gula kena banyak kalau masak sambal tumis sebab nak bagi cepat garing. Bila sambal dah nak warna merah kehitaman, masukkan air asam jawa setengah cawan.

Kemudian, masukkan bawang besar yang dipotong bulat bulat. Kalau nak masukkan belacan pun boleh, tapi kami lupa letak.

Lepas tu, masukkan sotong yang dah masak tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan rasa kalau tak cukup garam gula, boleh adjust sendiri.


SIAP!!!




Sejukkan dulu dalam bekas before tapau.



Thanks for read. Pen off ☺

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

norhidana miswan said...

aduhla nmpak menggoda betul lah sutun tuh

AMIIZAA said...

salams,
sedapnya:):)