Sunday, April 2, 2017

Koleksi Buku Kegemaran IV


Assalamualaikum

Bulan lepas aku berjaya habiskan masa cuti aku dengan membaca buku yang dipinjam kawanku. Disebabkan dah baca, meh sini nak review pasal buku yang aku baca samada menarik ke tak.




#Does My Head Look Big in This?

"This" itu merujuk kepada tudung yang dipakai oleh teraju utama cerita ini iaitu Amal. Cerita ini mengenai Amal seorang muslim Pakistan yang tinggal di Australia yang memilih untuk mengenakan hijab di sekolahnya. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Amal selepas mengambil keputusan untuk berhijab tambahan pula bila tempatnya didiami oleh golongan Islamaphobia. Nak tahu apa dugaan 3yang dihadapinya dari sudut kawan kawan, cikgu, environment even her parents pun against her decisions at the first. Best cerita ini.


# Murtad

Fixi antara buku kegemaran aku sebab plot cerita yang best dan tak tebal bukunya. Murtad ini pun plot cerita yang berbeza daripada cerita cerita yang pernah aku baca. Murtad mengisahkan sepasang kembar yang datang dari kampung ke KL untuk mencari kerja tiba tiba mendapat misi untuk membunuh orang orang yang murtad. Jenayah membunuh orang murtad ni mereka lakukan dengan teliti tanpa dikesan polis dan berlarutan selama 6 tahun. Klimaks cerita ini adalah bila salah seorang dari mereka berkenan dengan seorang perempuan dan dalam masa yang sama mereka diminta untuk berubah oleh perempuan tu kerana apa yang mereka lakukan selama ini salah. Yelah mana boleh sesuka hati bunuh orang walaupun hukuman bagi orang yang murtad adalah mati. Lagipun kita bukan Tuhan nak hukum mereka kan.


#Tuhan

Tuhan ini adalah sambungan kepada Murtad. Tuhan ini tak banyak cerita tentang kembar tu tapi lebih kepada cerita mengenai Joe, salah seorang orang murtad yang ditembak oleh pasangan kembar tu tapi bernasib baik sebab masih hidup. Joe ini diselamatkan oleh profesor dan bila Joe tersedar dari koma, dia rupanya berada di planet lain dimana penduduk planet itu adalah klon dia sendiri, dan dia disembah seperti Tuhan. Amacam menarik tak plot cerita ini?? Kat sinilah dia mula bertarung untuk kembali ke bumi dan mula mengiyakan keagungan Tuhan dan demi menyelamatkan pasangan kembar yang membunuhnya dulu. Twist sangat cerita in tapi bestla sebab dapat membayangkan kehidupan di planet lain dan teknologi yang serba canggih.


#Antologi Cinta Sayang

Dah banyak sangat aku baca pasal fiksyen, so kali ni saja nak baca pasal cinta pulak. Tapi ini bukan novel cinta biasa yang tebal gila banyak complicated things semua. Tapi novel ini ada 4 cerita oleh 4 orang penulis berbeza dalam 1 novel, so tak adalah bosan sangat. Ada mengisahkan tentang pasangan bercinta dan juga pasangan yang dah berkahwin. Oklah best jugak setakat aku baca ni sebab aku pun baca tak habis lagi hee.
Have a nice weekend. Pen off ☺

No comments: