Sunday, April 16, 2017

Koleksi Buku Kegemaran V


Assalamualaikum

Weekend ni berjaya habiskan 4 buah buku fixi iaitu Bisik, Seronok, dan trilogi Jangan Baca Novel Ni. Jom tengok pendapat aku mengenai setiap buku ni.




# Trilogi Bisik

Sebenarnya buku ni ada sambungan selepas Bisik tapi disebabkan tak ada sambungannya, so aku just review yang Bisik saja. Bisik mengisahkan Mikael yang baru saja berpindah ke rumah sewa barunya. Start dari dok rumah sewa baru nilah Mikael mula mengalami halusinasi atau bisikan bisikan yang menyebabkan dia bertindak luar kawalan. Masalah menjadi parah apabila dia sendiri tak ingat apa yang dia dah lakukan terhadap Suraya, teman wanitanya yang mati akibat dibunuhnya sendiri. Mikael juga semakin berani untuk mencederakan kawan kawan baiknya sendiri akibat bisikan bisikan yang dia seorang dengar. 

Cerita ini best banyak misteri terungkai tapi ayat ayat nya memang kotor. Memang kena baca sambungannya sebab masih tergantung ceritanya, sambungan Bisik adalah Koyak dan M.


# Seronok

Erm aku tak tahulah patut ke tak aku review pasal ni sebab aku tak seronok pon baca Seronok ni. Seronok ni bercerita tentang Rozilla yang mengupah seorang penyiasat persendirian, Amirul untuk mengintai tindak tanduk suaminya Bakar, kerana Rozilla syak yang Bakar ni curang maklumlah Bakar ni pelakon terkenal. Rupanya si Amirul ni pun dah lama mencari Bakar since dorang ni dulu pasangan "kekasih" time kolej dulu.

Bakar ni memang cintakan isterinya Rozilla tapi dia tak dapat lari dari sifatnya yang sukakan lelaki. Kemuncak cerita ni bila Bakar sanggup membuat pembedahan kepada dirinya dan lari ke luar negara untuk habiskan sisa hidupnya.  Jalan cerita buku ni menarik tapi banyak tentang gay dan ayat dia pon tak elok sangat.


# Jangan Baca Novel Ni

Genre cerita ni seram misteri mengisahkan Munir seorang pegawai polis telah digantung kerja. So Munir ni pun habiskan cutinya di kampung, otw nak ke kampung tu dia terjumpa budak lelaki keseorangan. Disebabkan tak sampai hati, dia pun bawalah budak tu Adib balik ke kampungnya. Misteri bermula bila si Munir ni nampak Adib ni baca buku yang tak ada tajuk. Munir nipun pelik dan baca buku tanpa tajuk tu, dan setiap apa yang dibacanya tu menjadi kenyataan. Jangan Baca Novel ni merujuk kepada buku yang dibaca oleh Munir tu.

Kematian dan watak dalam watak yang dibaca oleh Munir tu terjadi dalam dunia realiti sehinggakan Munir ditempatkan di hospital gila. Cerita ni best banyak misteri yang masih tidak terungkai lagi yang bersambung next novel.


# Sambungan Jangan Baca Novel Ni

Sebenarnya lepas siri Jangan Baca Novel Ni ada sambungan lagi satu, sambungan tak ada tajuk, lepas tu baru sambungan ke tiga tanda ni. Tiga tanda ni melambangkan cakaran yang confirm orang itu akan mati bila dapat tanda ni. Sekuel ni membongkarkan misteri setiap watak dalam Jangan Baca Novel Ni. Sekuel ni mengisahkan Anom seorang gadis kampung yang dirogol oleh 5 orang lelaki dan akhirnya dia mengandung. Anak Anom itulah Adib yang dijumpai oleh Munir. Anom ni ada pelindung nama dia Pohon, Pohon nilah yang akan membalas dendam kepada 5 orang lelaki yang merogol Anom dulu. Pohon ini sangat melindungi Anom sehinggakan sesiapa yang terlanggar Anom tanpa sengaja akan dibunuh oleh Pohon dengan cara mengerikan.

Klimaks cerita ni bila rupanya Anom ni adalah Suraya, bini kepada Munir sendiri. Cerita ni memang best dan ending yang tak dijangka. Nak tahu macam mana Anom boleh jadi Suraya, kenalah baca sendiri. Buku ni paling best aku baca walaupun agak ngeri cara pembunuhannya.
Ok weekend off. Have a nice day ☺

2 comments:

norhidana miswan said...

akak penah jgk beli buku fixi nih, ada 2-3 rasanya tp lps baca akak rasa, mcm tak sesuai ngn jiwa akak dia punya ayat2 n bahasanya...

almaklum akak ni jenis org lama, novel2 baru skrg ni yg org duk bt drama pun jarang sgt akak beli, tak kene ngn jiwa gitu...

buku fixi ni kalau yg seram tu kadang sampai tkt nk ulang baca lg hehehhe...

Atie said...

Sudah baca Kunang Persisir Morten?