Saturday, May 6, 2017

Gloria Jeans Coffees Ara Damansara


Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya nak try makan kat Gloria Jeans ni, sebab selalu lalu kan. So bulan lepas kami lunch kat Gloria Jeans Coffee. Kat sini ada makanan melayu seperti Mi Jawa, Mi Rebus, Mi Goreng, Nasi Lemak, western dan desserts. Gloria Jeans Ara Damansara ni dalam bangunan Sime Darby Plantation. Kalau datang makan pagi boleh cuba Nasi Lemak bungkus kat sini Rm1.60 saja.




Menu

Gloria Jeans ni famous dengan minuman nya yang sedap. Kami ingat makanan sini mahal tapi rupanya bawah Rm10 saja, tapi minuman lagi mahal dari makanan 😊


Chicken Mushroom Puff Rm6.90

Aglio Olio Spagheti Rm9.90

Carbonara Rm9.90

Aku order spagheti Aglio memang sedap, pedas dan tak kering pun sebab biasa aku order spagheti Aglio Olio kat tempat lain mesti kering dan tasteless. Chicken mushroom puff sedap, lembut dan inti pun banyak. Carbonara spagheti memang patut dicuba bagi carbonara lover sebab sangat sedap dan tak muak. Portion dia tak banyak sangat tapi ok rasanya.
Thanks for read. ☺

1 comment:

luqman zakaria said...

terliur tengok Aglio Olio.dah la favorite..