Saturday, May 6, 2017

Just Seafood Sunway Giza


Assalamualaikum

Sebenarnya nak post entri ini esok, tapi memandangkan malam ni tv cuma ada pasal bola terus rasa bosan tak tahu nak tengok tv apa. Last last updatelah entri yang tertunggak ni. Rabu lepas bos belanja kami semua makan seafood di Just Seafood Sunway Giza. Just Seafood ni konsep yang sama macam Shell Out. Memang puas hati makan ramai ramai nak nak dah lama kot tak makan crab.




Just Seafood ni ada 3 jenis masakan iaitu Cajun style, Butter Milk dan Peanut special. Tapi bos suggested Cajun dan Butter sebabnya Peanut special tu katanya rasa macam makan kuah kacang dan tak berapa kena makan dengan seafood.


Menu

Lemongrass pandan, Lime bubble dan orange juice

Cozy saja ambiances nya


Kami saja pelanggan dekat situ time lunch dan memang dilayan habis habisan lah. Kat sini time malam memang ramai. Siapa nak nasi boleh order nasi takpun boleh makan dengan Garlic Bread. Lepas order, waiter akan hamparkan alas putih atas meja kemudian akan pakaikan bib dekat setiap orang. Maklumlah confirm makan tu rakus gelojoh semua nak kupas semua benda lagi. Lengan baju pun kena senteng siap siap dulu. Services memang terbaik sebab kalau nak suruh waiter tolong kupas crab pun boleh. Plastic gloves provided tapi tak feel lah makan pakai gloves kan. Hee


Cajun Style

Butter Milk

Seafood with cajun sauce memang sedap, seafood nya pun bagi aku fresh manakala Butter milk sauce nya pula rasa macam carbonara dan tak muak pun. Dalam satu hidangan tu ada crab, giant prawns, clamp, mussels dan squid. Tapi squid tak banyak pun lagi banyak mussels dan clamp. Nasib baik clamp dan mussels senang dibuka. Hidangan ni comes with corn, potatoes and carrots.


Lepas makan seafood, kami makan kek pula untuk sambut birthday staff yang jatuh bulan April, May dan June. Alhamdulilah selama ni dok tengok orang makan saja tapi sekarang dah rasa sendiri. Thank u bos. Semoga bos dimurahkan rezeki dunia akhirat.
Thanks for read. Have a nice weekend ☺

2 comments:

Amanda Suria said...

Ari tu akak ada lalu..sebab akak pi beli barang dapur kat Village Grocer tu...jalan gak la kat area sini..ada nampak just seafood..erm...nanti nak try la...

norhidana miswan said...

sedapnya nengok.,.. terus rasa mcm blm mkn apa2 sedangkan dh sarapan td pg