Saturday, May 27, 2017

Koleksi Buku Kegemaran VI


Assalamualaikum

Selamat berpuasa semua dan selamat menunaikan ibadah ramadhan pada tahun ni. Harini nak review buku yang dah bace awal bulan haritu iaitu buku fixi Bongkar, buku ilmiah Ketika Azazil Berputus Asa, novel English And the Mountains Echoed dan buku Pojok Lebanese. 




# Bongkar

Mencerikan tentang sebuah Kota Tak Bernama dimana tempat itu dipimpin oleh pemimpin yang tamak haloba iaitu Sorjono. Perempuan yang cantik dan miskin akan dijadikan perempuan simpanan Sorjono kerana isterinya Mem Dara tidak boleh melahirkan zuriat. Misteri berlaku apabila seorang demi seorang perempuan Sorjono mati dibunuh dan kesemua mereka mengandung tetapi dibunuh. Hud seorang penyiasat datang untuk menyiasat dalang disebaliknya. Bagi aku best jugak cerita ni banyak unexpected ending.


# Ketika Azazil Berputus Asa

Buku ini menceritakan tentang Saintis yang atheis iaitu Prof Dr Fayyad yang tidak mempercayai agama sehinggakan bumi yang dikajinya semakin parah dan membawa dia untuk mengenal pencipta. Sehinggakan dia membawa diri ke Mekah untuk berjumpa dengan para ilmuwan tetapi pesawat yang dinaikinya mendarat ke sebuah lembah yang tidak berpenghuni. Kat situlah dia berpengalaman berjumpa dengan makhluk yang membaham manusia, makhluk berbulu dan akhirnya berjumpa dengan Dajjal. Cerita ini sangat memberikan keinsafan dan boleh rasa gerun membacanya.


# And the Mountains Echoed

Novel ini best tapi agak ambil masa untuk aku hadam sepenuhnya jalan cerita ini. Mengisahkan kehidupan berjuang dengan kemiskinan dan kasih sayang di Afghanistan. Abdullah budak yang sanggup buat apa saja demi adiknya dengan ketiadaan ibu untuk menjaga mereka. Pari seorang saja yang boleh memberi kebahagiaan kepada Abdullah. Panjang dan berliku sangat perjalanan mereka dalam menempuh kehidupan yang aman.


# Lebanese

Mengisahkan Hani dan Julia yang baru berkenalan even baru berkenalan, mereka merasakan they fell in love at their first sight. Mereka rasa begitu selesa berkawan sehingga menimbulkan perasaan cinta kepada kaum sejenis. Dalam masa yang sama juga mereka berdua cuba untuk menidakkan perasaan terlarang itu tetapi salah seorang daripada mereka tewas dengan perasaan sendiri. Tapi akhirnya salah seorang daripada mereka meninggal dan endingnya sangat memberi keinsafan. Cerita ini best sebab ending nya berbalik kepada jalan yang benar, perasaan sesama jantina tu adalah ujian sebenarnya, mereka pun tak nak perasaan tu tapi dah diuji dan akhibat daripada ujian tu, mereka semakin dekat dengan Tuhan.
Have a nice weekend. ☺

1 comment:

yuk said...

khaleed hussein is on of my favourite author...huhu..dah lama dah nie yuk x review buku..kna cari semangat balik untuk baca n review buku..hihi