Monday, May 8, 2017

Little Fat Duck Evolve Mall


Assalamualaikum

Kalau datang Evolve Mall mesti semua orang akan suggest makan kat Little Fat Duck. Sebab apa?? Sebab kedai ni menyediakan menu special dengan harga sangat murah. Little Fat Duck ni makanan western iaitu basic spagheti semurah Rm6. Kalau nak lagi murah, kena datang weekdays sebab basic spagheti dijual hanya Rm5 saja dengan menu berbeza contoh thursday menu Bolognese, wednesday menu Carbonara. Walaupun basic spagheti tapi tetap kenyang dan sedap.




Kami makan pukul 11 pagi so kami order yang biasa punya sebab makanan set bermula pukul 3 ke atas.




Kami order:

Bolognese Beef double sauce with add on Chicken Confit = Rm18
Carbonara Beef double sauce = Rm8
Carbonara Chicken = Rm6
Chicken Mushroom Mornay = Rm6




Standard spagheti harga Rm6 tapi kalau nak upgrade saiz hanya tambah Rm3 manakala kalau nak extra kuah pun tambah Rm2 saja. Spagheti sedap, dan tak kering.


Trash bin pun cantik

Oleh sebab makanan dihidangkan dalam kertas, so servis memang layan diri dan masukkan sisa makanan ke dalam trash bin before meninggalkan meja.  Time kami pergi semalam kemudian ada pula Cosmic Convention dekat tingkat atas Evolve Mall. Memang penuh dengan orang berpakaian seperti animasi jepun. Comel comel saja semua. Nasib baik dorang pun jenis yang tak kisah bila diajak bergambar.


Tak tahulah apa nama karakter ni
Thanks for read. Pen off ☺

1 comment:

norhidana miswan said...

naper lah nama mall nya gitu yek heheheh

geram lak akak nengok spageti2 tuh, yg siap ada ayam seketui tuh, besar betul ayam nya, puas mkn