Wednesday, May 10, 2017

Move With AS Fun Run 2017


Assalamualaikum

Harini cuti jadi nak manfaatkan masa terluang ni dengan update my last week activities. Ahad lepas aku join Charity Run anjuran Arthritis Foundation Malaysia sempena hari Ankylosing Spondylitis (AS) sedunia yang jatuh pada 7 May lepas bertempat di Evolve Concept Mall.

Sebelum tu korang tahu tak apa itu penyakit Ankylosing Spondylitis??

Ankylosing Spondylitis adalah gejala arhtritis yang sangat menyakitkan. Sendi pada punggung bahagian bawah telah bersatu dan itu mengakibatkan postur badan menjadi bongkok . Bahagian yang paling sering terkena adalah punggung bawah , dada , dan leher .

Bahagian sendi lain termasuk pinggul , bahu, lutut, dan pergelangan kaki. Penyakit ini juga dapat mempengaruhi organ tubuh yang lain seperti mata, jantung, dan paru‐paru.

Penyakit ini mempengaruhi orang lelaki 3 kali ganda berbanding wanita .

Hanya 5% sahaja yang mengalami gejala AS setelah berumur 45 tahun . Penyakit ini juga boleh mempengaruhi individu disepanjang hidupnya.




Zumba dulu before lari

Larian amal 3km ini merupakan larian terpendek yang pernah aku join setakat ni tapi merupakan larian yang paling fun dan mencabar kerana peserta perlu mengharungi 6 jenis halangan sepanjang larian. Setiap halangan membantu mengesan simptom simptom penyakit AS pada pelari tersebut dan secara tidak langsung akan mendidik pelari tersebut mengenai penyakit AS seterusnya menyampaikannya pada rakan dan juga saudara mara terdekat.




Larian ini mempunyai 4 wave dan kami merupakan peserta wave ke 4 pukul 9 pagi tembakan ke 4 bermula. Sebab tu best lari sebab orang tak ramai wave 4 ni tapi lari bawah panas la.


Sumber dari Ben Ashaari, Sunshine Kelly dan FB This AS Life

Larian ini ada 6 halangan seperti gambar di atas iaitu:

1. Berlari menerusi belon yang banyak

First obstacles simple saja tapi mungkin menakutkan bagi those yang takut belon. Pejam mata boleh je buat 🎈🎈

2. Berlari menerusi tayar

Yang ni pun senang tapi kena hati hati takut salah pijak boleh jatuh 

3. Merangkak di bawah jaring

Part ni best sebab tak payah berlari dan enjoy sangat. Rasa macam Plkn sangat cuma tak berlumpur saja bawah tu

4. Berlari sambil bawa beban

Boleh tahan berat juga beban dalam guni tu. Dahlah tengah mengah berlari tiba tiba kena angkut dan letak dibahu sambil berlari ikut lorong zigzag.

5. Imbangkan badan

Yang ni pun challenging juga sebab tengah tercungap cungap tiba tiba kena bawa dumbbell, depakan tangan dan jalan atas titi. Huh 💪💪

6. Pusing 5 kali

Aku paling menyampah cabaran ni sebab dah nak sampai kat finish line tapi kena pusing 5 kali then sambung berlari. Memang boleh patah balik kat start line dia punya pening. Tip nak elak pening senang saja masa spin tu mata kena pandang titik tengah dinding zebra yang diletakkan kat tepi tu. Tapi tak ramai orang buat sebab tak tahu apa function wall tu kan.. Hee even aku pun baru tahu




Alhamdulillah aku berjaya habiskan larian 3km selama 28 minit. Mission accomplished!! Lepas berakhir, kat finish line baru mereka akan edarkan goodie bag yang mengandungi pamplet AS, mineral water, hotdog, lucky draw number dan faber castle pen.

Kemudian terus masuk mall nak sejukkan badan, tebus aiskrim nestle dan main 4 mini games seperti gambar di atas iaitu wall climbing, basketball shoot, bergayut apa entah dan tembak tembak. 


Dap style kejap!! ☺

Ada photobooth dan lepas bergambar kami buat health screening by Ara Damansara Medical Centre dan dental check up by Ara Dental Studio. 




Oh ya fun run ini juga dihadiri oleh blogger Ben Ashaari, Sunshine Kelly, dan Missyblurkit tapi tak sempat jumpa pun sebab dorang lari awal.


Ben tengah cakap
So dah tahu kan apa itu AS.. Ok Thanks for read. 

1 comment:

norhidana miswan said...

walaupun larian tu 3km je tp banyak jgk halangan2 tmbahan yek...

baru tau psl AS nih.... tambah jgk lah pengetahuan akak ni hehehhe