Sunday, May 14, 2017

Pengalaman Cabut Gigi Geraham


Assalamualaikum

Tadi tengah cari barang dalam luggage tiba tiba terjumpa dengan khazanah paling berharga yang aku masih simpan sekarang iaitu my tooth. Memang mengimbau sangat kenangan 4 tahun lepas cabut gigi masa bulan puasa. Masa tahun 2 kat Utm dulu aku dah start rasa sakit gigi berdenyut denyut sampai ke kepala, nak buat apa pun tak boleh sebab sakit sangat gigi lagi lagi bila lepas makan dan makanan masuk dalam gigi.

Pergilah aku cek gigi kat Klinik Utm, cek punya cek dr kata gigi dah teruk sangat menyebabkan gusiku bengkak. Bukan setakat gusi bengkak, pipi aku pun tembam sebelah sebab gusi bengkak. Apa yang dr boleh bagi buat sementara waktu adalah makan antiobiotik dan ubat surut bengkak. Minggu depannya baru boleh cabut gigi sebab before cabut kena makan antibiotik dulu nak bunuh kuman.



Bila dengar saja perkataan cabut aku dah seriau dah sebab dari dulu lagi tak suka jumpa dentist dan selalu buat buat hilang bila nama dipanggil sebab aku tahu bila aku diperiksa, mesti lama gigi aku dicek, mesti ada tampalan baru yang dr buat. Dahla dulu tampalan hitam memang tak cantik gigi nampak cam rongak saja. Tapi tampalan hitam tula yang tahan bertahun tahun berbanding tampalan putih sekarang ni kan.

Tip yang aku buat masa cabut gigi time bulan puasa:


1. Wajib sahur dan cabut gigi awal pagi

Sebelum cabut tu dr dah cakap make sure sahur sebab takut aku cepat lapar maklumlah lepas cabut confirm darah banyak keluar. Pukul 8 pagi terus pergi Klinik Utm dan cabut gigi. Siapa cakap tak sakit pun cabut gigi? Sakit wei even dr tu bius dua kali tetap aku rasa sakit, mulut aku rasa goyang goyang ganas gila dr tarik gigi aku. Lepas cabut tu, dr letak net cotton nak prevent darah keluar banyak. Lepas cabut gigi dah rasa sakit kepala sebab darah non stop, net cotton pula dr bagi tak cukup. 


2. Mintak gigi korang

Yang ni tak perlu pun tak apa tapi aku mintak wei haha, cepat cepat aku cakap kat dr tu yang aku nak gigi aku sebab aku nak tahu sangat teruk sangat ke gigi aku yang menyebabkan aku sakit guling guling. Bila aku tengok gigi aku memang patut pun kena cabut. Kita boleh je minta gigi kita tapi tak ramai orang buat sebab buat apa nak simpan gigi buruk kita kan, tapi tidak bagiku. 😂😂




Tengok gigi aku ni akar dia panjangnya patutlah aku still rasa sakit even kena bius. Yang hitam atas tu tampalan. Nampak tak gigi area tu dah pecah dan menyebabkan sisa makanan masuk dalam gigi yang pecah tu dan tulah punca gigi sakit sampai ke gusi.


3. Tuam pipi dengan ais

Dah nama bulan puasa memang tak boleh makan aiskrim atau benda sejuk. So benda yang boleh buat adalah beli ais balut ais dengan tuala dan tuam kat pipi belah cabut tu. Kalau ada cool fever lagi bagus atau icepack. Tuamlah sampai korang tertidur. Lagi satu tolong habiskan ubat yang dentist bagi lepas cabut tu ea.


4. Sentiasa minum air sejuk

Sepanjang dua minggu lepas cabut memang aku minum benda sejuk je sebab nak bagi gusi bekas cabut cepat kecut dan tak darah dah.


5. Elakkan makanan keras

Bubur dan nasi airlah juadah bersahur dan berbuka aku sebab aku masih tak biasa nak ngunyah makanan kat gigi lain. Lagi satu takut pulak makan ayam tiba tiba terkena tempat cabut tu, mahu tak berdarah balik.


6. Guna mouthwash

Lepas aku cabut, nak berus gigi pun masih berhati hati tau so aku pun guna mouthwash sebab kadang kadang memberus pun tidak mencukupi sebab ada bahagian gigi yang tak dapat dimasuki oleh berus. Make sure pilih pencuci mulut non alcohol.


7. Gosok gigi sebelum tidur

Yang ni memang kena buat sebab bila kita tidur kuman dalam gigi senang membiak. Sebab tu kita kena make sure gigi bebas dari sisa makanan sebelum tidur. Lagi satu tolong gosok gigi 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan sebelum tidur


8. Elakkan kafein, makanan manis dan pewarna

Untuk dapat kan gigi lebih putih, memang kena kurangkan minuman kafein dan pewarna yang tinggi. Lainlah kalau duit banyak, boleh buat whitening sentiasa.


9. Berkumur selepas makan/minum

Salah satu cara nak elakkan sisa makanan di celah gigi adalah dengan berkumur selepas makan dan minum. Tak adalah ada lada lekat kat gigi lepas makan, kalau gosok gigi lagi bagus. Kalau floss pun lagi bagus.


10. Jumpa dentist 2 kali setahun

Yang ni ramai yang tak buat termasuklah aku sebab kita jumpa dr pun kalau dah sakit gigi kan. Penting tau jumpa dr gigi 6 bulan sekali supaya dapat prevent masalah gigi yang kronik. Lagi bagus kalau jumpa tu terus buat cuci gigi nak hilangkan karang gigi dicelahan gigi.


Mungkin bagi orang lain berbeza pengalaman cabut gigi ada yang sakit ada yang tak. Tapi lepas pengalaman aku cabut gigi memang aku nekad jaga gigi baik baik sebab nak cari mana gigi kalau dah tak ada kan. Hee
Ok pen off. Thanks for read ☺

No comments: