Tuesday, May 9, 2017

Pengalaman Interview XV


Assalamualaikum

Haritu dapat panggilan untuk menghadiri Written Test interview untuk jawatan Executive Talent Development di Human Resources Development Fund (HRDF). So pergilah ke Wisma PSMB di Damansara, nak pergi sini naik LRT ke Bangsar, then ambil GrabCar ke wisma HRDF. Tambang dari lrt bangsar ke wisma hrdf sebanyak Rm8. Temuduga ujian bertulis mula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 11 pagi. 

Ramai juga calon yang datang disebabkan time tu ada dua jawatan yang datang interview. Written test interview terbahagi kepada 4 bahagian:


1. EQ Test

Jawab je jujur macam biasa pasal diri kita


2. Work Assesment Test

Yang ni pun jawab jujur macam biasa, cara kita bekerja.


3. IQ Test

Masuk bahagian nilah semua calon lambat siap sebab soalan mencabar dan confusing. Cuba bayangkan soalan pertama pun dah susah. Ada pengiraan sikit dan ada tentang anatomy. Tapi best juga menjawab bahagian ni sebab macam main kuiz pula. ☺


4. Essay

Essay ada 3 part. Part pertama ada 3 soalan, tapi dikehendaki pilih 1 soalan saja. Tip nak jawab soalan ni kena study gila pasal HRDF dalam dan luar kena power. 
Part kedua pula translate Essay BM ke BI. Part ketiga pula translate Essay BI ke BM. Walaupun terjemahkan saja tapi tetap mencabar sebab essei tentang kerajaan Malaysia, dan tak berapa nak tahu tentang term term yang biasa digunakan contoh Wawasan 2020 dalam BI apa dan banyak lagi unfamiliar term.


Aku rasa macam tak cukup masa sebab aku banyak habiskan masa kat IQ Test tu, memang laju aku tulis essei tak tahulah dorang faham ke tak. Lepas saringan ni, those yang lepas akan ke temuduga face to face. Tapi aku tak berjaya lepas tapi cukuplah merasa pengalaman written test ni. Lepas ni memang nak lagi study pasal organization.
Thanks for read. Pen Off ☺

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

norhidana miswan said...

amboih boleh tahan ssh interview nya... fenin kepala nengok nya

takpe lps ni cuba lg,

Sweetie said...

Belum rezeki lagi tu. InsyaAllah! ada lagi rezeki lain yg sedang menunggu...

Anonymous said...

Hai.. Saya dpt call for iv this Thursday.. Boleh sy dapatkn number awk?